KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sedia bekerjasama dengan Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam menyediakan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak pelarian Rohingya di negara ini.
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid memuji inisiatif Wisma Putra dalam memudahkan usaha itu sambil berkata kanak-kanak memerlukan akses kepada pendidikan bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial.
"Masa depan mereka bergantung kepada pendidikan. Kanak-kanak pelarian ini akan terdedah dengan masalah sosial sekiranya mereka tidak menerima pendidikan yang sewajarnya.
"Kami berpendapat isu kanak-kanak Rohingya mengemis di jalanan sekitar ibu kota berpunca daripada tiada akses ke sekolah dan tidak memahami undang-undang di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Mohd Azmi menegaskan bahawa MAPIM akan menyiapkan cadangan kepada Wisma Putra bagi mewujudkan kerjasama jangka panjang terhadap isu membabitkan anak-anak pendatang asing, termasuk dari negara lain seperti Kemboja, Palestin, Syria, Yaman dan Afghanistan.
Beliau berkata MAPIM telah membantu 15 kanak-kanak Rohingya sejak 10 tahun lalu, dan berharap inisiatif Wisma Putra bakal memudahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha meluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak terbabit.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Rabu berkata, Wisma Putra memberi penekanan terhadap aspek pendidikan bagi membantu mencari penyelesaian kepada isu pelarian Rohingya di negara ini, kerana pendidikan akan membantu memudahkan penempatan mereka di negara ketiga.
Beliau berkata kementerian sedang mencari penyelesaian memperkasa dan meningkatkan pembiayaan untuk sekolah pelarian yang dikendalikan NGO demi memastikan kanak-kanak pelarian Rohingya di negara ini tidak tercicir daripada sistem pendidikan.
Isu pelarian Rohingya sekali lagi dibangkitkan selepas klip video memaparkan seorang kanak-kanak Rohingya mencaci orang ramai kerana tidak memberinya sedekah, tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

MAPIM sedia bekerjasama dengan Wisma Putra dalam menyediakan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak pelarian Rohingya di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA

UMT bangunkan penyelidikan pertama akuakultur di Qatar
Projek penyelidikan akuakultur pertama di Qatar berkenaan akan diketuai Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) UMT.

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Pertama kali dalam sejarah, Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bakal dikendali pengadil wanita
Tiga pengadil wanita serta tiga pembantu pengadil wanita akan ditugaskan sepanjang acara dari 21 November hingga 18 Disember 2022.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

MAPIM sedia bekerjasama dengan Wisma Putra akan isu pendidikan anak Rohingya
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sedia bekerjasama dengan Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam menyediakan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak pelarian Rohingya di negara ini.

Negara Islam harus bantu Afghanistan berdepan ISIS-K - Mapim
Mapim mengutuk serangan berani mati disebuah masjid Syiah di Kunduz dan Kandahar Afghanistan baru-baru ini.

Perkecilkan jemaah kabinet kerajaan - MAPIM
MAPIM menuntut supaya jemaah kabinet yang bakal dibentuk hendaklah diperkecilkan dan kecekapan dan ketelusan dipertingkatkan.

Hari Kemanusiaan Sedunia: Menangani konflik, bencana di kala pandemik
Hari bersejarah itu perlu diingati dan dihayati bagi mewujudkan tanggungjawab sesama manusia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Rakyat menunggu wakil rakyat memilih dengan hati yang jernih
Sekali lagi rakyat terpaksa menunggu wakil mereka menentukan nasib negara ini.

Mapim hantar bantuan kepada 700 keluarga terjejas di Pulau Redang, Perhentian
Bantuan tersebut masing-masing melibatkan 500 set lampin bayi dan set susu serta bantuan asas lain.

Ceroboh ruang udara: Apa agenda Israel, Amerika dan China di Asia Tenggara?
Sikap meremehkan dan memperkecil potensi ancaman akan memerangkap Malaysia dalam percaturan licik Israel dan nafsu besar kuasa Amerika dan China.

11 tahun insiden Mavi Marmara: Mapim gesa Israel diberi tekanan, sekatan ekonomi
Mohd Azmi Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan agar segala bentuk serangan dan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza dihentikan segera.

Pemimpin negara Islam perlu lindungi Palestin - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pemimpin negara-negara Islam bertindak sekarang bagi melindungi serta membebaskan penduduk Palestin dan Baitulmaqdis.

Pegawai terlibat masalah integriti runtuh imej PDRM - Mapim
Segelintir pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mungkin terlibat dalam masalah integriti boleh meruntuh imej agensi itu sendiri.