awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas daging kambing import dari Australia tiada logo halal

Bernama
Bernama
26/03/2021
08:42 MYT
MAQIS rampas daging kambing import dari Australia tiada logo halal
MAQIS merampas 1,160 kilogram daging kambing segar yang diimport dari Australia bernilai RM56,614 yang tidak memiliki logo Halal. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 1,160 kilogram daging kambing segar yang diimport dari Australia bernilai RM56,614 yang tidak memiliki logo Halal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu lepas.
Pemangku Pengarah MAQIS Selangor Zamri Hashim berkata rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan fizikal dilakukan pada 11 pagi di kawasan pemeriksaan MAQIS Kargo KLIA dan mendapati tiada logo halal pada pembungkusan daging tersebut.
"Pengimportan dagangan daging ini tidak mematuhi syarat permit import yang sah dikeluarkan oleh MAQIS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zamri berkata kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.
"MAQIS sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan ke atas setiap dagangan yang diimport dan dieksport bagi mengelakkan kemasukan dagangan diimport bersama penyakit dan perosak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#rampas
#daging kambing import
#Australia
#logo halal
#KLIA
#zamri hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan