awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS tahan kereta bawa benih udang galah tanpa permit dari Singapura

Bernama
Bernama
19/04/2023
10:28 MYT
MAQIS tahan kereta bawa benih udang galah tanpa permit dari Singapura
Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta 728 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama. - Twitter @bernamadotcom/MAQIS Johor
ISKANDAR PUTERI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas empat kotak benih udang galah yang cuba dibawa masuk ke dalam negara dari Singapura kerana gagal mengemukakan permit import yang sah, semalam.
Pengarah MAQIS Johor Edie Putra Md Yusof berkata produk yang dianggarkan bernilai RM400 itu ditemukan dalam sebuah kereta yang ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini pada pukul 1 pagi.
Beliau berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan pihaknya mendapati hampir 100 ekor benih udang galah hidup disorokkan di dalam sebuah kotak yang telah diubah suai, di dalam kereta berkenaan.
"Semua dagangan cuba dibawa masuk tanpa Permit Import MAQIS dan Sijil Kesihatan menggunakan kenderaan persendirian di laluan import (laluan kereta atau pun penumpang).. benih udang galah itu cuba dibawa masuk ke dalam negara tanpa sebarang dokumen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.
Edie berkata kawalan biosekuriti kemasukan benih udang galah ke dalam negara perlu dilaksanakan sebaiknya oleh MAQIS bagi memastikan industri pertanian dalam negara sentiasa dilindungi dan terpelihara, dan ia mengundang penyakit yang akan mengancam industri dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KSAB
#maqis
#udang galah
#permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan