Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memberi penjelasan mengenai pembelian hartanah di luar negara, terutamanya di Australia, yang kini disiasat polis negara itu.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata agensi itu dijangka dipanggil pada hujung bulan depan.
"PAC bercadang untuk memanggil MARA pada minggu terakhir bulan Ogos dan surat panggilan akan dikeluarkan Setiausaha PAC minggu depan," kata di sini hari ini.
Setakat ini, PAC masih belum menamakan mana-mana individu bagi menjelaskan isu terbabit.
Tambah Nur Jazlan, terdapat pembelian lain yang turut dibuat MARA, dan PAC kini sedang meneliti dasar berhubung pembelian itu.
“Saya diberitahu terdapat beberapa pembelian lain jadi kami mahu melihat polisi MARA bila ia melibatkan pelaburan hartanah di luar negara.
“Kami mahu menyemak sama ada lebihan bayaran yang dilaporkan media itu wujud atau tidak,” tambahnya.
Isu pembelian hartanah oleh oleh sayap pelaburan MARA Inc menjadi tumpuan selepas akhbar Australia The Age melaporkan pembelian satu blok pangsapuri di Melbourne yang turut melibatkan pegawai agensi itu pada harga yang menjangkaui harga pasaran.
Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) untuk blok pangsapuri itu pada 2013.
Laporan The Age menyebut bahawa ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan Dudley International House iaitu daripada A$17.8 (RM51.5 juta) juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), yang didakwa sebagai wang sogokan.
Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield merupakan asrama pelajar yang menempatkan 115 penuntut tajaan MARA di Monash University.
Susulan pendedahan ini, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa mengumumkan penggantungan dua pegawai Mara Inc minggu lepas.
Hilal Azmi
Fri Jul 10 2015
NUR JAZLAN: PAC bercadang untuk memanggil MARA pada minggu terakhir bulan Ogos dan surat panggilan akan dikeluarkan Setiausaha PAC minggu depan. -Gambar fail
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
MARA akan dipanggil beri penjelasan pembelian hartanah Australia Ogos ini
PAC akan memanggil Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memberi penjelasan mengenai pembelian hartanah di luar negara, terutamanya di Australia, yang kini disiasat polis negara itu.
Pembelian hartanah di Melbourne ikut prosedur - Shafie Apdal
Mara Incorporated Sdn Bhd membeli hartanah di Melbourne, Australia mengikut prosedur yang ditetapkan, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.