Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membangunkan Asia Aeroangkasa City (AAC) di Subang di bawah konsep Edubizpark yang memberi tumpuan kepada perniagaan perkhidmatan kejuruteraan aeroangkasa dengan anggaran nilai RM1 trilion pada 2020.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Edubizpark adalah taman pendidikan dan perniagaan berasaskan konsep MARA untuk menyediakan platform interaksi yang lancar antara institusi akademik dan peserta industri, sebahagian daripada strategi MARA untuk menyediakan modal insan yang bersedia untuk industri.
AAC direka sebagai sebuah bandar raya pintar yang terdiri daripada pelbagai kemudahan bersepadu seperti pejabat, kemudahan penyelidikan dan pembangunan canggih, kampus akademik, pusat konvensyen dan ruang kediaman.
"Projek ini boleh mengambil peluang dalam industri aeroangkasa antarabangsa memandangkan Airbus melancarkan program 'Power 8' untuk mengukuhkan rantaian bekalan di seluruh dunia," kata beliau pada majlis perasmian Menara MARA sempena ulangtahun ke48 MARA, pada Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan Menara MARA itu yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Mohd Shafie berkata dianggarkan 40 peratus daripada jualan pesawat penumpang adalah di Asia menjelang 2020 dan European Aerospace Defence and Space (EADS) merancang untuk melabur sehingga US$250 juta di Malaysia pada tahun 2020.
Beliau berkata industri ini akan menjana 10,000 jawatan kejuruteraan bernilai RM1.5 bilion bagi perkhidmatan kejuruteraan, tidak termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih serta lain-lain.
Terdahulu, Perdana Menteri dan Mohd Shafie menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pelaburan MARA Bhd dan Atkins Global (Atkins) untuk pembangunan AAC di Subang.
Atkins yang berpangkalan di United Kingdom, merupakan antara perunding pengurusan projek, kejuruteraan dan reka bentuk terkemuka dunia, dan sebagai perunding dan perancang utama, akan membantu menjalankan reka bentuk dan perancangan berhubung pembangunan strategik pusat aeroangkasa berkenaan.
Pelaburan MARA akan berperanan penting sebagai pemaju induk untuk AAC, yang akan menjadi pusat aeroangkasa utama dan dijangka dapat menjadi edubizpark perdana bagi perkhidmatan kejuruteraan berkaitan dengan industri aeroangkasa.
AAC akan dibina dalam beberapa prinsip reka bentuk utama menggabungkan pemikiran terkini dalam perancangan dan teknologi hijau.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA Nazim Rahman berkata kerjasama ini akan menjadi pemangkin ke arah merealisasikan Malaysia sebagai hab aeroangkasa terkemuka di rantau ini.
"Visi kami adalah lebih daripada sekadar projek pembangunan edu-biz kerana ia adalah untuk mewujudkan kemudahan bertaraf dunia bagi organisasi global dalam perkhidmatan kejuruteraan terutamanya dalam industri aeroangkasa.
"AAC akan menjadi tempat di mana kita memenuhi permintaan industri bagi tenaga kerja berkemahiran," kata Nazim.
Ketua Pegawai Eksekutif Atkins Asia Pasifik Chris Birdsong berkata selaras dengan Program Transformasi Ekonomi Malaysia yang berhasrat membawa negara mencapai negara maju pada 2020, pendidikan mempunyai peranan penting untuk mencapai wawasan berkenaan.
"Kami amat berbangga untuk menyumbang kepada wawasan ini yang akan terus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
"Saya berasa amat gembira untuk bekerja dengan Pelaburan MARA bagi projek ini yang menggabungkan kepakaran antarabangsa kami dengan wawasan MARA serta mendalam pengetahuan tempatan yang akan membantu kedua-dua pihak membuka lebih banyak peluang dalam pasaran pada masa akan datang," kata Birdsong.
Sementara itu, mengenai perniagaan MARA, Mohd Shafie berkata pada 2013, anak syarikat milik penuh MARA mencatatkan hasil sebanyak RM1.05 bilion.
Pelaburan MARA ditubuhkan pada 24 Jun,1967 sebagai cabang pelaburan MARA dan pada dasarnya bergiat dalam aktiviti pelaburan dan dana pengurusan.
Bernama
Mon Mar 03 2014
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Unit pajakan AirAsia dapat 30 peratus daripada tempahan A321neo
Asia Aviation Capital Ltd berkata ia menjangka menerima 30 daripada 100 pesawat Airbus A321neo bagi operasi pajakannya.