MALAYSIA
MARA peruntuk RM30 juta dana pembiayaan usahawan Perak
Asyraf Wajdi (dua,kiri) menandatangani plak perasmian ketika hadir pada Anugerah Usahawan MARA Negeri Perak 2024-2025 di sebuah hotel pada Selasa. - Foto BERNAMA
IPOH: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan dana pembiayaan sebanyak RM30 juta kepada usahawan di Perak pada tahun depan bagi membantu mereka memperkukuh perniagaan, seterusnya menembusi pasaran antarabangsa.
Ringkasan AI
Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada tahun ini, hampir RM26 juta diperuntukkan untuk pembangunan usahawan bumiputera negeri Perak meliputi pembiayaan, latihan keusahawanan, sesi pementoran dan khidmat perunding,
"Kita nak fokuskan pada tahun depan supaya lebih ramai usahawan yang boleh menembusi pasaran (antarabangsa) sekurang-kurangnya di peringkat ASEAN.
"Melalui MARA Gate to Global (GTG), kita membantu segala aspek bagi memastikan usahawan bersedia memasuki pasaran antarabangsa kerana mereka perlu memenuhi piawaian yang ditetapkan setiap negara dan di situlah MARA membantu melalui projek khas kita, GTG," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Usahawan MARA Negeri Perak 2024-2025 di sini pada malam Selasa.
Asyraf Wajdi berkata pihaknya menyasarkan peningkatan sebanyak 30 hingga 40 peratus usahawan terlibat program GTG secara keseluruhan, setiap tahun.
"Jadi, saya percaya setiap tahun kita dapat melihat pencapaian (GTG) sentiasa berkembang kerana kita di peringkat MARA, prinsip bimbingan ini berterusan.
"Kita tidak akan membiarkan mereka sekadar memulakan perniagaan, tetapi nak memastikan kelestarian perniagaan dan pengembangan perniagaan mereka terus diperkasakan," katanya.
Beliau berkata ketika ini, 37 peratus daripada kira-kira 647,000 usahawan di negara ini adalah bumiputera dengan 88 peratus daripadanya berstatus mikro.
"Kita mempunyai strategi untuk tahun-tahun mendatang supaya mereka yang berada dalam kategori mikro boleh kita angkat kepada kategori kecil dan seterusnya sederhana," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MARA peruntukkan RM30 juta bagi pembiayaan usahawan di Perak tahun depan untuk memperkukuh perniagaan dan penembusan pasaran antarabangsa.
- Program MARA Gate to Global (GTG) bantu usahawan memenuhi piawaian pasaran antarabangsa, dengan sasaran peningkatan 30-40 peratus setiap tahun.
- Strategi MARA untuk angkat usahawan mikro kepada kategori kecil dan sederhana bagi kelestarian perniagaan dan pembangunan ekonomi.