PUTRAJAYA: Program bimbingan dan pembiayaan perniagaan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melahirkan usahawan bumiputera dilakukan tanpa mengira parti, kata Pengerusi Mara yang baharu Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu yang dilantik sebagai Pengerusi Mara yang ke-32 pada 10 Mac lepas berkata Mara tidak mengamalkan konsep tapisan sedemikian bagi memastikan semua program dan inisiatif Mara dinikmati golongan sasar.
"Sejak ditubuhkan, Mara tidak pernah pilih bulu. Bila saya berada dalam Mara saya akan teruskan tradisi ini sebab apa yang penting kami mahu pastikan hasrat untuk bangunkan modal insan dan usahawan tercapai.
"Usaha ini semua untuk anak bangsa kita, jangan lihat warna parti," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Pembangunan Usahawan Teknikal Solar (Prosolar) di sini pada Selasa.
Asyraf Wajdi yang mempunyai latar belakang dalam bidang perbankan dan kewangan Islam berkata beliau mahu memanfaatkan pengalamannya untuk membantu Mara beralih kepada sistem pembiayaan yang lebih efisyen dan tidak melibatkan kos yang tinggi.
Asyraf Wajdi menerusi catatan di Facebook miliknya pada Isnin menyatakan hasrat untuk membantu Mara memperkenalkan suatu sistem pembiayaan yang lebih efisien, tidak melibatkan kos yang tinggi dan menepati kehendak syariah dalam masa terdekat.
Mengenai Program Prosolar, beliau berkata ia diwujudkan sebagai suatu program berstruktur yang menyediakan pendedahan, latihan dan bimbingan kepada usahawan dalam pelbagai industri tenaga boleh baharu.
Seramai 20 peserta akan dipilih untuk menyertai fasa pertama program berkenaan, sebelum diteruskan ke fasa seterusnya bagi mencapai sasaran melahirkan 120 peserta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023
Program Prosolar diwujudkan sebagai suatu program berstruktur yang menyediakan pendedahan, latihan dan bimbingan kepada usahawan dalam pelbagai industri tenaga boleh baharu. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
PAU 2024: Di sebalik cabaran, Pemuda UMNO terus dapat tempat - Akmal Salleh
Di sebalik cabaran dan rintangan politik, pemuda UMNO terus mendapat tempat dan menjadi kesayangan orang ramai.
Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
PRK Nenggiri: Mohd Azmawi janji galas amanah, tanggungjawab sebaik mungkin
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan parti dengan sebaik mungkin.