awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mara tangguh bayaran semula pinjaman pelajaran, perniagaan

Haikal Raman
Haikal Raman
19/03/2020
13:26 MYT
Mara tangguh bayaran semula pinjaman pelajaran, perniagaan
Usahawan yang menerima pembiayaan perniagaan Mara juga diberi penangguhan bayaran balik selama enam bulan dengan syarat tidak mempunyai tunggakan lebih dari dua bulan.
Kerajaan memutuskan untuk memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dan pembiayaan perniagaan yang dibuat menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) susulan daripada penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) ketika ini.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam kenyataannya berkata, penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini tertakluk kepada mereka yang tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran balik selama tiga bulan.
Jelasnya, tawaran berkenaan juga meliputi peminjam yang mendapat kemudahan pendahuluan pinjaman pelajaran.
“Menerusi inisiatif ini, usahawan yang menerima pembiayaan perniagaan Mara juga diberi penangguhan bayaran balik selama enam bulan dengan syarat tidak mempunyai tunggakan lebih dari dua bulan.
“Manakala, diskaun bayaran sebanyak 30 peratus turut diberikan khas kepada penyewa premis perniagaan Mara dengan syarat tidak mempunyai tunggakan dua bulan selain perniagaan dijalankan terlibat secara langsung dengan penutupan sepanjang perintah kawalan pergerakan,” katanya di sini hari ini.
Para peminjam dan usahawan Mara yang layak dan menepati syarat ditetapkan perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan penjadualan semula di pejabat Mara berhampiran bermula 1 April ini.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.mara.gov.my atau hubungi pusat panggilan Mara di talian 03-2613 2000.
MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan
MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan
Kenyataan akhbar Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kenyataan akhbar Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Topic Berkaitan
#Amanah
#COVID-19
#kerajaan
#koronavirus
#Malaysia
#MARA
#pendidikan
#perniagaan
#pinjaman
#rakyat
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan