awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah

Bernama
Bernama
30/01/2023
13:00 MYT
Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan ketika membuat laporan palsu di IPD Ampang dengan mendakwa dompetnya diragut seorang lelaki menaiki motosikal. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan ketika membuat laporan palsu di IPD Ampang dengan mendakwa dompetnya diragut seorang lelaki menaiki motosikal di parkir kereta Jalan Pandan Indah di sini pada 4 petang semalam.
Beliau berkata semasa proses merakam keterangan, lelaki berkenaan yang merupakan seorang pekerja bank, meninggikan suara dan membaling kerusi ke arah pejabat pegawai penyiasat kerana mendakwa telah menunggu lebih sejam untuk membuat laporan.
"Susulan kejadian, lelaki itu ditahan dan telefon bimbitnya dirampas. Pemeriksaan mendapati ada beberapa video lucah yang disimpan lelaki itu. Hasil saringan ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu membuat laporan palsu kerana hendak memohon bagi kad pengenalan baharu.
Mohamad Farouk berkata lelaki itu ditahan reman tiga hari sehingga 1 Feb ini dan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki bahan lucah serta Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu membuat laporan palsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#marah di balai polis
#laporan palsu
#kad pengenalan hilang
#video lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan