Ganjaran RM100,000 menanti buat mana-mana individu yang dapat mencadangkan cara atau berjaya membawa pulang ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Itu perkongsian Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng selepas ada ahli perniagaan yang tidak ingin dikenali telah bertemu beliau dan meminta bantuannya untuk menguar-uarkan tawaran ini.
"Ada ahli perniagaan bertemu saya dan berkata beliau marah dengan Jho Low akibat pembabitannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Oleh sebab Jho Low sudah bersembunyi di negara yang tiada perjanjian ekstradisi dengan Malaysia, ahli perniagaan ini semakin marah dan membuat tawaran ini," katanya.
BACA: Singapura keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 2016
BACA: Jho Low, Nik Faisal mesti hadir bantu siasatan tanpa alasan - SPRM
Menurut Lip Eng, bagi sesiapa yang ingin mendapat ganjaran tersebut setelah menepati termanya boleh menghubungi beliau sendiri melalui akaun media sosialnya supaya dapat dirujuk kepada ahli perniagaan tersebut.
Pada 7 Jun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis agar Jho Low tampil membantu siasatan.
Jho Low diminta menghubungi SPRM berkaitan kes membabitkan SRC International Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat 1MDB.
Hafiz Marzukhi
Sun Jun 10 2018

Ganjaran RM100,000 menanti buat mana-mana individu yang dapat mencadangkan cara atau berjaya membawa pulang ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low. Foto Gambar Facebook

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Lelaki mengaku 'Datuk Seri' ditahan kerana ugut polis
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya, 41 tahun jam 8.30 malam Khamis, selepas mangsa membuat laporan polis.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Rozman tidak tinggalkan Warisan untuk sokong Muhyiddin
Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan dan presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sukar untuk 'tewaskan' COVID-19 tahun ini - WHO
WHO memberi amaran bahawa adalah sesuatu yang 'pramatang' atau tidak realistik untuk membuat tanggapan kononnya boleh 'menewaskan' sepenuhnya pandemik itu pada akhir tahun ini.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

Permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran mulai hari ini - KWSP
KWSP dalam satu kenyataan, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.

Berdepan kesan psikologi, Jepun minta China henti ujian calitan dubur terhadap rakyatnya
Ujian tersebut melibatkan pelapik dimasukkan sedalam tiga hingga enam sentimeter ke dalam rektum untuk mendapatkan sampel.

AWANI Ringkas: Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo Bee Yin | Tabung Haji umum agihan keuntungan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

COVID-19 | Britain rayu individu misteri munculkan diri
Britain merayu individu misteri yang dijangkiti varian COVID-19 dari Brazil, namun masih gagal dikesan, segera tampil kepada pihak berkuasa. Sejak dua minggu lalu, individu berkenaan dilaporkan positif COVID-19, namun gagal memberikan butiran diri yang lengkap.

Marah sangat, ahli perniagaan tawar RM100,000 bawa pulang Jho Low
Ganjaran RM100,000 menanti buat mana-mana individu yang dapat mencadangkan cara atau berjaya membawa pulang ahli perniagaan kontroversi Jho Low.

Al-Jazeera dipaksa tutup pejabat cawangan di Yaman
Pasukan tentera yang berkhidmat untuk pihak berkuasa keselamatan berpengkalan di Taiz, bandar di wilayah selatan Yaman, telah menyerbu pejabat Al-Jazeera di bandar terbabit.