awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marang dan Setiu kembali terjejas banjir

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
22/11/2024
06:55 MYT
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Sehingga jam 2.30 petang hari ini, hujan masih melanda beberapa kawasan di seluruh Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, setakat tengah hari tadi, seramai 41 mangsa berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah itu meningkat daripada 29 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di Balai Raya Padang Kemunting, Kemaman, setakat 8 pagi tadi.
Sementara itu di Marang, seramai 11 mangsa membabitkan tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai.
Manakala di Setiu seorang lelaki berlindung di PPS Balai Raya Kampung Tok Bintang yang diaktifkan jam 9.30 pagi tadi.
Ketika ini hujan masih melanda beberapa kawasan di seluruh negeri Terengganu.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#monsun timur laut
#musim tengkujuh
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan