MALAYSIA
'Marconah' curi tumpuan di HPPNK 2025
Tuan Mohd Saripudin (kanan) mengiringi Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud (dua, kiri) melihat Marconah yang dipamerkan di Pantai Irama, Bachok. - Foto Sinar Harian
BACHOK: Marconah, lembu jenis Charolais hasil kacukan pertama di Kelantan buat julung kalinya dipamerkan kepada umum pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2025 (HPPNK) berlangsung di Pantai Irama, di sini.
Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi negeri Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata anak lembu betina seberat 180 kilogram (kg) itu dihasilkan melalui kaedah straw permanian beradas.
"Marconah ialah anak kepada seekor lembu bernama Marco yang dilahirkan pada awal tahun lepas dan kini berusia setahun tujuh bulan. Ia diusahakan melalui Projek Pelestarian Lembu Naimbif dan Bio-Animal Reproduction Center (BIO Art) di Jeram Pasu, Pasir Puteh.
"Kerajaan negeri melalui agensi Kelantan Biotech Corporation menjalin kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan Jerantut untuk menghasilkan benih berkualiti ini," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian HPPNK 2025, di sini semalam.
Beliau berkata pencapaian itu penting sebagai persediaan menghasilkan baka lembu yang tahan lasak sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada baka import pada masa hadapan.
Tuan Mohd Saripudin berkata pameran ternakan di Laman Veterinar turut menghimpunkan lebih 220 ekor lembu sasa serta ternakan lain termasuk rusa dan ayam hibrid.
"Kita juga memperkenalkan produk makanan ternakan jenama OxyFAT, hasil kerjasama Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bersama Oxytech Sdn Bhd dengan sokongan RHB Bank sebagai rakan pembiaya projek makanan ternakan dan kilang makanan ternakan.
"Pelancaran ini sekali gus membolehkan produk OxyFAT dipasarkan ke seluruh negara termasuk wilayah selatan Thailand," katanya.
Sementara itu, pemilik Marconah, Mohd Zaimi Abdullah, 59, berkata lembu hibrid berkenaan didapati lebih tahan dengan cuaca tempatan, imun terhadap penyakit dan kutu serta tidak terlalu memilih makanan berbanding lembu Charolais lain.
Mohd Zaimi berkata Marconah dilahirkan dengan berat 30kg dan dijangka mampu mencapai berat 300kg apabila berusia tiga tahun.
-- BERNAMA