MALAYSIA
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
MARDI menyerahkan 1,000 ekor anak Ayam Saga berserta bekalan makanan ‘grower’ kepada KRT Kampung Berangan Enam di Jasin, Melaka - Foto MARDI
KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkukuh peranannya dalam menyantuni masyarakat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyerahkan 1,000 ekor anak Ayam Saga berserta bekalan makanan ‘grower’ kepada Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Berangan Enam, Jasin, Melaka.
Ringkasan AI
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani, berkata inisiatif itu bukan sahaja bertujuan membantu penduduk kampung menjana pendapatan sampingan, malah menyokong usaha memperkukuh sekuriti makanan komuniti melalui penternakan ayam kampung berprestasi tinggi.
"Ayam Saga MARDI merupakan baka ayam kampung asli tempatan hasil penyelidikan MARDI sejak tahun 2008 yang dibangunkan secara sistematik menggunakan sumber genetik ayam kampung tempatan
"Ayam Saga bersifat dwi-fungsi, sesuai diternak bagi pengeluaran daging dan telur. Dari segi prestasi, baka ini mempunyai kadar tumbesaran yang lebih cepat berbanding ayam kampung biasa, di samping pengeluaran telur yang lebih tinggi dan saiz telur yang lebih besar.
"Ciri-ciri ini menjadikannya sesuai untuk penternakan berskala kecil oleh komuniti setempat sebagai sumber pendapatan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohamad Zabawi menjelaskan, Ayam Saga mempunyai ketahanan penyakit yang baik serta boleh diternak melalui pelbagai sistem penternakan, termasuk intensif, separa intensif dan lepas bebas.
Kelebihan tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan kos penjagaan dan risiko penternakan dalam kalangan penduduk kampung yang baru menceburi bidang itu.
Sehubungan itu, MARDI berharap program CSR itu dapat memberi manfaat jangka panjang kepada KRT Kampung Berangan Enam, sekali gus menjadi pemangkin kepada penglibatan komuniti dalam aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan penternakan.
"Inisiatif seumpama ini juga selari dengan aspirasi MARDI untuk memastikan hasil penyelidikan dapat dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat, di samping menyokong agenda keterjaminan makanan negara," ujarnya.
Ringkasan AI
- MARDI menyerahkan 1,000 ekor anak Ayam Saga beserta bekalan makanan grower kepada KRT Kampung Berangan Enam, Melaka dalam usaha menyokong penduduk kampung menjana pendapatan sampingan dan memperkukuh sekuriti makanan komuniti.
- Ayam Saga MARDI, hasil penyelidikan tempatan sejak 2008, dibangunkan untuk pengeluaran daging dan telur dengan kadar tumbesaran lebih cepat, pengeluaran telur lebih tinggi, dan saiz telur lebih besar, menjadikannya sesuai untuk penternakan berskala kecil bagi komuniti setempat.
- Kelebihan Ayam Saga termasuk ketahanan penyakit yang baik serta boleh diternak melalui pelbagai sistem penternakan, diharapkan dapat mengurangkan kos penjagaan dan risiko penternakan dalam kalangan penduduk kampung, serta memberi manfaat jangka panjang dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan penternakan.