MALAYSIA
Mardi akan perkenal tiga varieti baharu durian
Mohamad Zabawi (lima, kiri) pada sesi Media Tour di Taman Agroteknologi MARDI hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA KANGSAR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengeluarkan tiga varieti baharu durian yang dijangka dalam tempoh dua tahun akan datang.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah MARDI Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata ketika ini pihaknya masih dalam peringkat penilaian terhadap beberapa durian hibrid yang berpotensi menghasilkan klon baharu.
"Kita perlu melihat kesesuaian (penanaman) dengan tempat lain kerana selain di MARDI Kuala Kangsar, kita ada sebahagian (penanaman durian) di MARDI Jerangau (Terengganu) yang kita cuba ketengahkan untuk varieti baharu nanti.
"Insya-Allah dalam setahun dua kita boleh dapat varieti baharu. Kod durian juga kita masih belum tentukan lagi, tunggu kita lancarkan (varieti durian baharu) dengan nama yang bersesuaian," katanya selepas program Duriotourism MARDI Kuala Kangsar bersama media di sini hari ini.
Sementara itu, Mohamad Zabawi berkata durian hibrid MRDI Super 88 (MS88) akan diberikan nama baharu yang lebih menarik untuk peminat raja buah itu.
"Kita cuba tukar nama durian MS88 yang nampak komersial, sekarang ini macam-macam ada seperti Tupai King yang sebenarnya itu adalah varieti lama," katanya.
Mohamad Zabawi berkata sebanyak 13,000 pokok durian varieti MS88 ditanam di seluruh negara dengan dipantau sepenuhnya oleh MARDI.
"Setakat ini, ada pokok sudah berusia antara dua dan tiga tahun. Jadi, dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang, ia boleh dipasarkan secara meluas," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MARDI dijangka memperkenalkan tiga varieti baharu durian dalam tempoh dua tahun akan datang, hasil penilaian terhadap beberapa durian hibrid yang ditanam di Kuala Kangsar dan Jerangau.
- Durian hibrid MS88 akan diberi nama baharu yang lebih komersial bagi menarik minat pasaran; sebanyak 13,000 pokok varieti ini telah ditanam di seluruh negara dan dijangka dipasarkan secara meluas dalam lima hingga enam tahun.
- Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MARDI untuk memperkukuh industri durian tempatan dan memperkenalkan varieti baharu yang sesuai ditanam di pelbagai lokasi.