KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) giat mendokumenkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bentuk penerbitan bagi memberikan manfaat kepada masyarakat.
Timbalan Pengarah Program Penerbitan dan Sumber Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat MARDI, Hazida Syima Hamazah berkata, Penerbit MARDI yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua penemuan dan penyelidikan MARDI didokumenkan percaya penerbitan berbentuk buku, jurnal, monograf dan sebagainya merupakan saluran utama untuk menyebarkan hasil teknologi.
Jelas beliau, ia sekali gus dapat meningkatkan visibiliti MARDI kepada masyarakat khususnya golongan sasar.
“Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, Penerbit MARDI telah menghasilkan lebih 1,000 judul penerbitan yang disasarkan kepada golongan seperti petani, penternak, usahawan, ahli akademik, pelajar, agensi pengembangan serta masyarakat umum keseluruhannya.
“Daripada jumlah itu, kini terdapat lebih 200 penerbitan yang sedang popular dan aktif dijual seperti buku berjudul Inovasi Pertanian Bandar, Spesies Tumbuhan Herba dan Rempah Ratus, Buku Poket Tanaman dan Ternakan, Manual Teknologi Lembu KK Elite dan Teknologi Durian MARDI.
“Selain itu, pihak kami juga akan terbitkan beberapa buku baharu dalam masa terdekat seperti Koleksi Varieti Padi, Koleksi Baka Ruminan dan Kebuniti yang menawarkan solusi dan maklumat yang berguna kepada masyarakat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Hazida Syima, penerbitan MARDI terdiri daripada berkala dan tidak berkala yang diterbitkan secara 'in-house' bermula daripada penerimaan manuskrip atau penulisan daripada penyelidik.
Ia kemudiannya melalui proses penyuntingan dari segi bahasa dan format, reka grafik sentuhan daripada pereka grafik MARDI, percetakan sebelum pemasaran atau jualan penerbitan.
Tambah beliau, penerbitan berkala merupakan penerbitan bersiri seperti jurnal, buletin serta majalah, dan ia perlu diterbitkan secara tahunan. .
“MARDI juga menerbitkan majalah Agromedia khusus untuk memaparkan artikel berkaitan pertanian bagi bacaan umum, jadi ia bukan sahaja boleh dibaca atau djadikan rujukan oleh golongan sasar, malah orang awam sendiri boleh baca majalah ini untuk menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang pertanian.
“Sementara itu, penerbitan tidak berkala terdiri daripada buku, manual teknologi dan siri panduan usahawan seperti buku panduan penanaman, buku ilmiah dan buku bacaan umum yang boleh dijadikan panduan kepada golongan sasar dalam menceburkan diri dan meningkatkan hasil pertanian mereka,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Hazida Syima berkata pihaknya turut bekerjasama dengan beberapa penerbit komersial dalam memasarkan buku-buku MARDI, selain aktif menyertai jualan buku di pesta buku dan pameran luar khusus yang berkaitan dengan pertanian.
Selain jualan tambah beliau, Penerbit MARDI juga menyediakan perkhidmatan pinjaman buku kepada para pembaca melalui perpustakaan digital MARDI.
“Mereka yang berminat perlu jadi ahli perpustakaan digital terlebih dahulu sebelum meminjam buku dengan mendaftar melalui online di laman mardi.elib.com.my.
“Lebih 100 judul buku yang boleh dipinjam oleh orang di luar sana kerana koleksi perpustakaan digital MARDI bukan sahaja terdiri daripada buku MARDI, malah terdapat juga buku-buku pertanian yang kami langgan dari penerbit lain seperti penerbit universitI dan lain-lain,” jelasnya.
Astro Awani
Tue Oct 31 2023
Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, Penerbit MARDI telah menghasilkan lebih 1,000 judul penerbitan yang disasarkan kepada golongan seperti petani - Foto/Ihsan MARDI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
MARDI giat dokumenkan hasil R&D, beri manfaat kepada masyarakat
Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, Penerbit MARDI telah menghasilkan lebih 1,000 judul penerbitan yang disasarkan kepada golongan seperti petani