KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada Ahad melancarkan hibrid baharu nanas manis MNS2020 atau dijenamakan sebagai Nanas MS16, yang berpotensi untuk pasaran segar berhasil tinggi dan toleran kepada penyakit reput teras bakteria.
MARDI berkata, Nanas MS16 yang berkualiti itu berasal daripada kacukan induk Josapine dan nanas tanpa duri dari Australia.
"Pengenalan hibrid nanas ini sebagai satu lagi pilihan alternatif varieti baharu nanas manis dan berkualiti kepada pengusaha dan penggemar nanas, di samping meningkatkan kepelbagaian sumber genetik tanaman nanas di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang merasmikan pelancaran tersebut berkata, Johor merupakan negeri pengeluar terbesar nanas di Malaysia dengan nilai pengeluaran sebanyak 212,000 tan metrik.
Ujar beliau, tanaman tersebut menyumbang sebanyak 66 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran nanas di Malaysia, dengan daerah Pontian antara kawasan penanaman dan penyumbang utama pengeluaran nanas di Johor melebihi 1,200 hektar kawasan penanaman dengan pengeluaran 37,000 matrik tan.
"Bagi memastikan objektif jaminan sekuriti makanan negara tercapai, proses pemindahan teknologi adalah penting bagi memberi manfaat kepada pekebun dan masyarakat sekiranya ia diaplikasikan secara efektif di lapangan.
"Saya berharap agar aktiviti penyelidikan tanaman nanas di Malaysia dapat dijalankan dengan jayanya bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran nanas bagi memenuhi permintaan pasaran semasa yang tinggi," katanya dalam kenyataan sama.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah penggunaan teknologi baharu dalam meningkatkan pengeluaran berhasil tinggi mampu dilaksanakan melalui gabungan pendekatan agronomi, fisiologi dan penggunaan teknologi mekanisasi yang lebih efisien, sekali gus dapat menjimatkan kos tenaga buruh dan input.
Untuk rekod, MARDI sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mewujudkan program pembaikbakaan dan pembangunan varieti baharu nanas sejak 1980.
Astro Awani
Sun Dec 17 2023
Ahmad Maslan (kiri) ketika melancarkan hibrid baharu nanas manis MNS2020 atau dijenamakan sebagai Nanas MS16 pada Ahad. - Foto MARDI
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Kadar guna nanas tinggi, MS16 hibrid baharu berkualiti untuk pasaran negara - MARDI
Ia sekali gus menjadikan industri nanas merupakan satu sektor pertanian penting yang memberikan sumbangan kepada ekonomi negara.
MARDI lancar nanas hibrid baharu, mampu penuhi permintaan pasaran negara
Nanas MS16 yang berkualiti itu berasal daripada kacukan induk Josapine dan nanas tanpa duri dari Australia.