Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman

T K Letchumy Tamboo
Oktober 30, 2015 08:19 MYT
Maria Chin (gambar) bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos. -Gambar fail
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.
Perkara ini disahkan oleh Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh melalui laman Twitternya.
Mandeep berkata Maria akan didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, pada 3 November di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Breaking News: Pengerusi @bersih2 akan didakwa dibawah PAA 9 (5) pada Selasa, 3 Nov 2015, jam 9 pagi di Mahkamah Jalan Duta. Kes #bersih4

— Mandeep Singh (@mandeepkarpall) October 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perhimpunan itu yang diadakan pada 29 Ogos hingga tengah malam 30 Ogos lepas ialah perhimpunan keempat dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh lapan tahun.
Lima tuntutan Bersih 4 termasuklah pilihan raya bebas dan adil, sebuah kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.
Pada 28 Ogos lepas, Polis telah mengkategorikan Bersih 4 sebagai perhimpunan haram susulan kegagalan pihak penganjur memperoleh kebenaran daripada pemilik premis untuk tujuan menggunakan lokasi berkenaan.
Menurut polis, mereka yang menyertai perhimpunan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
#bersih 4 #Mandeep Singh #Maria Chin #perhimpunan #Sekretariat Bersih 2.0