NATIONAL
Maria Chin, Mandeep ditahan polis, dibebas atas jaminan polis
Maria Chin Abdullah (gambar) dan aktivis Bersih, Mandeep Singh, hari ini ditahan polis sejurus memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi tentang perhimpunan #KitaLawan. - Foto Facebook Maria Chin
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan aktivis Bersih, Mandeep Singh, hari ini ditahan polis sejurus memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi tentang perhimpunan #KitaLawan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang bulan lepas.
Menurut laman Twitter penasihat undang-undang Maria, Honey Tan, kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
Mandeep turut menyampaikan berita penahanannya melalui laman Twitternya.
Kedua-dua mereka telah dibebaskan atas jaminan polis selepas beberapa jam.
Pada Selasa, Maria telah dipanggil polis untuk memberi keterangan tentang pehimpunan 28 Mac itu.