awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marilah jayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 - Nazri

Bernama
Bernama
25/05/2013
23:25 MYT
Marilah jayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 - Nazri
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggesa semua rakyat Malaysia supaya melaksanakan peranan mereka dalam menjadikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 satu acara yang berjaya.
Beliau berkata Malaysia menyasarkan untuk menerima ketibaan kira-kira 28 juta pelancong asing tahun depan, peningkatan tiga juta orang berbanding tahun lepas.
Di bawah Plan Transformasi Pelancongan, beliau berkata Malaysia menyasarkan untuk menarik kedatangan 36 juta pelancong dan perolehan berjumlah RM168 bilion menjelang tahun 2020.
"Setiap rakyat Malaysia bermula daripada pertemuan paling awal seperti pegawai imigresen dan kastam, pemandu teksi, petugas barisan hadapan, kalangan perniagaan, pengusaha pelancongan dan rakyat perlu menggandakan usaha mereka untuk memastikan perkhidmatan disampaikan di tahap tertinggi pada setiap masa," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada majlis pelancaran Citrawarna 1Malaysia 2013 di Dataran Merdeka di sini pada Sabtu yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke majlis itu.
Topic Berkaitan
#Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan