Marilah kita bermaafan, termasuklah episod 'rendang crispy' - Pesuruhjaya Tinggi Britain

Madiha Abdullah
Jun 15, 2018 00:49 MYT
Treadell sempat mengusik dan meminta rakyat Malaysia memaafkan insiden 'rendang crispy' yang heboh beberapa bulan lalu. - Facebook/UK in Malaysia - British High Commission Kuala Lumpur
Pesuruhjaya Tinggi Britain, Vicki Treadell, menarik perhatian ramai apabila membuat ucapan hari raya dalam bahasa Melayu yang fasih, dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Facebooknya.
Beliau juga sempat mengusik rakyat Malaysia apabila turut menyelitkan kisah lucu 'rendang crispy', dan meminta agar episod yang menyentuh hati seluruh rakyat negara ini yang heboh diperkatakan beberapa bulan lalu, dilupakan dan dimaafkan.
"Salah silap saling maaf bermaafi, termasuk episod rendang crispy. Setulus ikhlas daripada kami, Selamat Hari Raya, Eid Al Fitr," katanya yang cantik mengenakan kebaya merah dalam video yang dimuat naik pada Khamis itu.
Treadell merujuk kepada insiden juri rancangan MasterChef UK yang mengkritik masakan rendang yang dibuat seorang rakyat Malaysia, Zaleha Kadir Olpin, sebagai tidak crispy atau rangup, yang membawa kepada penyingkirannya daripada rancangan itu, April lalu.
BACA: 'Bukan tak garing, tapi tak masak' - Juri Masterchef UK
BACA: Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia
BACA: Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia 'sekolahkan' juri Masterchef UK
#Britain #hari raya #Malaysia #MasterChef UK #Melayu #Pesuruhjaya Tinggi Britain #rendang #rendang crispy #Vicki Treadell