awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing

Bernama
Bernama
30/04/2024
15:18 MYT
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Maurice berkata kes disiasat di bawah ATIPSOM 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. - Gambar hiasan/Bernama
KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata hasil maklumat perisikan dan bantuan pengesanan oleh Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah, dua bot dari Zon Maritim Kudat yang sedang melakukan rondaan Op Tiris, Op Pluto, Op Khas Pagar Laut telah mengesan dua bot pancing berada dalam keadaan mencurigakan di sekitar perairan Kudat.
Beliau berkata bot pertama ditahan di kedudukan 7.6 batu nautika dari Tanjung Simpang Mangayau manakala bot kedua ditahan di kedudukan 6.6 batu nautika dari Pulau Kalutan, Balambangan, kedua-duanya dipercayai bergerak dari Pulau Tawi-Tawi menuju ke Kota Kinabalu.
"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut membawa 43 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dalam lingkungan dua hingga 55 tahun.
"Daripada jumlah itu, 35 orang disyaki warga Filipina yang mempunyai dokumen pengenalan diri meragukan manakala lapan lagi warga tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Maurice berkata kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.
Zon Maritim Kudat menyeru masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#Maritim Malaysia
#warga asing
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan