awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia guna sistem C4ISR tahun depan

Bernama
Bernama
13/11/2024
11:30 MYT
Maritim Malaysia guna sistem C4ISR tahun depan
Penggunaan sistem C4ISR itu melengkapkan keperluan operasi Maritim Malaysia yang ditubuhkan pada 21 Mac 2006. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menggunakan sistem C4ISR atau pusat perintah, kawalan, komunikasi, komputer, perisikan, pengawasan dan peninjauan bermula tahun depan sempena ulang tahun dua dekad penubuhan agensi itu.
Ketua Pengarahnya Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata penggunaan sistem C4ISR itu sekali gus melengkapkan keperluan operasi Maritim Malaysia yang ditubuhkan pada 21 Mac 2006.
"Sistem C4ISR ini penting bagi memastikan Pusat Operasi Maritim (POMAR) berfungsi dengan efektif dan lancar, khususnya dalam menerima serta menganalisis maklumat berkaitan ancaman maritim dan aktiviti jenayah.
"Ini terutamanya di kawasan "hotspot" sempadan perairan negara selain mengkoordinasi operasi carilamat (mencari dan menyelamat) di perairan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata manfaat sistem itu dapat dibuktikan apabila agensi itu berupaya menyelaraskan operasi dengan pantas dan tepat sekali gus membolehkan pegawai serta anggota yang berada di lapangan bertindak lebih cekap terhadap sebarang situasi.
Mohd Rosli berkata C4ISR dijangka beroperasi sepenuhnya pada Februari 2025 dengan melibatkan integrasi sistem milik Maritim Malaysia di Kedah, Perlis, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, stesen Udara Maritim Subang serta agensi keselamatan yang telah menggunakan sistem sama seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#C4ISR
#Mohd Rosli Abdullah
#Ketua Pengarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan