MALAYSIA
Maritim Malaysia sangkal dakwaan serbu masjid
Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah susulan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa insiden itu seolah-olah mengulang peristiwa Memali 1985.
KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya pasukan elit Maritim Malaysia melakukan serangan di Masjid Rusila, Marang pada 19 September lalu.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dalam satu kenyataan menegaskan, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah berpotensi menjejaskan imej pasukan keselamatan serta menjatuhkan moral operator pasukan elit negara.
"Maritim Malaysia tidak pernah dan tidak akan menjadikan rumah ibadah sebagai lokasi serbuan atau operasi.
"Latihan yang dijalankan ketika itu hanyalah sebahagian daripada silibus latihan taktikal pasukan khas kami," tegasnya lagi.
Tambah beliau, latihan yang dimaksudkan ialah modul Survival, Evasion, Resistance and Escape (SERE) yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), latihan penting bagi membentuk daya tahan, disiplin, dan kebijaksanaan anggota dalam berinteraksi dengan masyarakat ketika melaksanakan misi penyamaran.
Tambahnya, masjid berkenaan hanya menjadi lokasi beriktikaf dan rehat para pelatih selepas menunaikan solat Asar sebelum menerima tugasan seterusnya.
"Pihak masjid telah dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran pelatih dan tiada sebarang gangguan terhadap jemaah mahupun aktiviti keagamaan berlaku," katanya.
Beliau turut menjelaskan, tiada elemen kekerasan atau tindakan tidak wajar sebagaimana dakwaan, sebaliknya para pelatih hanya melaksanakan ibadah di dalam masjid tersebut.
Malah ujar beliau, elemen keagamaan diterapkan sebagai asas pegangan para pelatih dalam meningkatkan jati diri dan integriti mereka sebagai seorang penguat kuasa dan operator pasukan khas.
Beliau pada masa sama turut memaklumkan, isu laporan polis yang timbul, telah diselesaikan secara baik apabila pihak masjid menerima penjelasan lanjut dan memohon maaf atas salah faham yang berlaku.
"Latihan STAR Team direka untuk melahirkan anggota maritim yang bukan sahaja cekap dan berani, tetapi juga berakhlak serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan tanah air," ujar beliau lagi.
Mohd Rosli menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah yang berniat jahat terhadap Maritim Malaysia.
Beliau turut mengesahkan aktiviti tersebut di bawah kawalan jurulatih kanan dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) agensi yang ketat.
Terdahulu, media tempatan pada Rabu melaporkan Takiyuddin menerusi sidang Dewan Rakyat mempersoalkan berhubung satu latihan didakwa dijalankan Maritim Malaysia di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 29 September lalu.
Beliau berkata, tindakan itu seolah-olah mengulang peristiwa Memali 1985.
Takiyuddin mendakwa ketika kejadian sekumpulan 10 hingga 15 individu menaiki lima kenderaan memasuki Masjid Rusila tanpa kebenaran.
Jelas beliau, tindakan itu bukan sahaja menimbulkan ketakutan malah mencetuskan keresahan dalam kalangan jemaah.
Ringkasan AI
- Maritim Malaysia menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa pasukan elitnya melakukan serangan di Masjid Rusila, Marang pada 19 September lalu.
- Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah menjelaskan kejadian itu hanyalah latihan taktikal pasukan khas STAR Team dan masjid digunakan sebagai lokasi rehat, bukan operasi.
- Beliau menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas dan merupakan fitnah yang menjejaskan imej Maritim Malaysia, sambil memaklumkan isu salah faham dengan pihak masjid telah diselesaikan secara baik.