awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia tahan bot gentian kaca bersama 90 set bubu naga

Aida Aziz
Aida Aziz
16/10/2022
03:00 MYT
Maritim Malaysia tahan bot gentian kaca bersama 90 set bubu naga
Pemeriksaan lanjut terhadap bot mendapati, lesen bot adalah sah namun pemilik asal tidak mengusaha sendiri bot tersebut dan spesifikasi enjin tidak sama seperti yang didaftarkan. - Foto APMM
KUALA KURAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot gentian kaca bersama 90 set bubu naga, di kedudukan 6.8 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau, pada jam 12.30 tengah hari semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Kuala Kurau, pasukan bot peronda APMM telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dan dirapati untuk pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat tiga kru nelayan warga tempatan termasuk tekong berumur antara 19 dan 31 tahun berada di atas bot.
"Pemeriksaan lanjut terhadap bot mendapati, lesen bot adalah sah namun pemilik asal tidak mengusaha sendiri bot tersebut dan spesifikasi enjin tidak sama seperti yang didaftarkan.
"Sebanyak 90 set bubu naga bersama 50 kilogram hasil laut turut ditemukan di atas bot ketika penahanan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua kru, bot, bubu naga, hasil laut dan peralatan menangkap ikan ditahan, seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, anggaran nilai rampasan bubu naga itu berjumlah RM6,300 dengan nilai RM70 setiap satu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dan Seksyen 11 (3)(b) akta yang sama kerana memiliki peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan.
"Penggunaan bubu naga bukan sahaja merosakkan ekosistem perairan negara, malah boleh menjejaskan sumber pendapatan nelayan pesisir pantai," katanya lagi.
Mohd Najhan berkata APMM akan terus komited dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dan salah laku di laut.
Sebarang aduan dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada APMM di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 untuk tindakan segera.
Topic Berkaitan
#APMM
#bot gentian kaca
#bubu naga
#perairan kuala kurau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan