awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akta 672: SWCorp Johor laksana operasi menyeluruh tidak kira status warganegara
Pulau Pinang tidak terjejas isu durian klon, penanaman Musang King matang dan terkawal
Tiada jejak harimau dikesan di Proton City - Perhilitan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim pintas 27 PATI cuba masuk Malaysia naik kapal nelayan, tekong terjun laut

Bernama
Bernama
11/01/2026
06:15 MYT
Maritim pintas 27 PATI cuba masuk Malaysia naik kapal nelayan, tekong terjun laut
Abdul Muhaimin menunjukkan gambar warga asing yang ditahan ketika sidang media berkaitan kejayaan anggota Maritim menumpaskan sindiket penyeludupan warga asing di sini, hari ini. - Gambar/ Bernama
PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 27 pendatang asing tanpa izin (PATI), selepas sebuah kapal nelayan tempatan (VNT) kelas C, dipintas di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam awal pagi semalam.

Ringkasan AI
  • APMM Selangor berjaya menghalang cubaan penyeludupan 27 PATI Indonesia di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam.
  • Operasi bersepadu dilaksanakan selepas kejayaan menahan VNT kelas B pada 5 Januari lalu.
  • Sindiket yang terlibat dipercayai mengenakan bayaran RM2,000 hingga RM2,500 bagi setiap PATI dan mengubah modus operandi daripada bot laju kepada bot nelayan.

Pengarah APMM Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata operasi bersepadu itu dilaksanakan susulan kejayaan menahan sebuah VNT kelas B di perairan sama pada 5 Jan lepas.
Beliau berkata pada 10 Jan kira-kira 12.35 tengah malam, APMM mengesan sebuah VNT sedang bergerak masuk ke muara Sungai Besar sebelum tekong bertindak agresif dan enggan berhenti ketika cuba dipintas, sehingga berlaku pergelutan.
"Tekong terbabit kemudian terjun ke laut untuk melarikan diri namun berjaya ditahan, manakala kapal berkenaan tersangkut kira-kira satu batu nautika barat daya Sungai Besar sekitar pukul 1 pagi akibat air surut," katanya dalam sidang media di Pejabat APMM Selangor, di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati seramai 30 individu berada di atas kapal berkenaan, terdiri daripada tiga kru dan 27 PATI warga Indonesia, iaitu 20 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 25 hingga 70 tahun, yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah.
Abdul Muhaimin berkata sindiket berkenaan dipercayai mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM2,500 bagi setiap PATI, dengan kebanyakannya berasal dari beberapa lokasi di Indonesia termasuk Lombok dan Medan, selain mengubah modus operandi daripada bot laju kepada bot nelayan.
Beliau berkata kesemua suspek bersama kapal ditahan dan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Perikanan 1985.
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau melaporkan kecemasan di laut melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau talian kecemasan 999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#kapal nelayan
#Sungai Besar
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan