awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim rampas 16 bubu naga di Pulau Perjudi

Bernama
Bernama
20/03/2023
21:00 MYT
Maritim rampas 16 bubu naga di Pulau Perjudi
Maritim Melaka dan Negeri Sembilan merampas 16 unit bubu naga di perairan Pulau Perjudi, Port Dickson, pada Isnin.
SEREMBAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan merampas 16 unit bubu naga di perairan Pulau Perjudi, Port Dickson, pada Isnin.
Pengarahnya, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata aset Maritim telah menemui dan merampas 16 unit bubu naga, dua pemberat dan sauh di kedudukan 0.1 batu nautika barat daya Pulau Perjudi, pada jam11.15 pagi.
"Ini merupakan rampasan keempat bagi tahun ini, lebih kurang 270 unit bubu naga telah dirampas dan dimusnahkan oleh Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi tahun 2022 dan 2023.
"Penggunaan bubu naga telah diharamkan penggunaannya oleh Jabatan Perikanan sejak November 2018 kerana boleh menjejaskan pertumbuhan hasil laut dan memusnahkan benih serta ikan kecil yang akan terperangkap dalam bubu naga ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Orang ramai dan komuniti maritim yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku dan kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam bagi tindakan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#bubu naga
#Pulau Perjudi
#Iskandar Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan