awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marudi dilanda banjir, 530 mangsa dipindah

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2022
02:15 MYT
Marudi dilanda banjir, 530 mangsa dipindah
Pasukan Bomba Sukarela Long Bemang sentiasa memantau banjir dan menasihati penduduk agar berada di kawasan tinggi. - Foto ihsan bomba
MARUDI: Sejumlah 530 orang daripada 103 buah rumah di Long Bemang dekat sini terjejas banjir dengan paras air naik sehingga 0.5 meter (1.8 kaki) sejak jam 6 pagi ini.
Status kesemua penduduk ketika ini selamat serta berada di kawasan tinggi namun lokasi banjir dilaporkan air masih belum surut dan trend paras air menaik dengan banyak di kediaman yang terjejas.
Bilik Kawalan Marudi dilaporkan menerima maklumat daripada pasukan bomba sukarela (PBS) Long Bemang mengenai kejadian banjir tersebut pada jam 7.25 pagi.
Susulan itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengarahkan PBS untuk menyalurkan maklumat terkini di lokasi kejadian.
“PBS Long Bemang melaporkan status banjir di kawasan Kampung Long Bemang pada paras air 1.8 kaki dan trend air terkini menaik, namun cuaca baik serta cerah.
Foto ihsan bomba
Foto ihsan bomba
“PBS Long Bemang sentiasa memantau banjir dan menasihati penduduk agar berada di kawasan tinggi,” katanya.
IKUTI SEGALA MAKLUMAT TENTANG BANJIR DI SINI
Jarak balai bomba Marudi ke Kampung Long Bemang adalah sejauh 156 kilometer dan mengambil masa lima hingga enam jam melalui jalan darat dan laluan jalan balak.
Foto ihsan bomba
Foto ihsan bomba
Topic Berkaitan
#banjir
#Marudi
#banjir Sarawak
#paras air naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan