awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS bertemu waris mangsa MH370 dari China

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2015
11:00 MYT
MAS bertemu waris mangsa MH370 dari China
...
Malaysia Airlines (MAS) telah bertemu dengan tiga daripada 15 waris mangsa penerbangan MH370 dari China yang hadir di ibu pejabat syarikat penerbangan berkenaan di Subang hari ini.
MAS dalam satu kenyataan berkata mesyuarat telah diadakan di antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya dan ketiga-tiga mereka.
"Ketiga-tiga waris mangsa menyampaikan surat kepada pihak MAS yang mana kami akan bertindak balas dengan jawapan bertulis, seperti yang diminta oleh waris berkenaan.
"Pihak kami turut menawarkan penjagaan dan bantuan oleh kakitangan yang boleh berbahasa Mandarin kepada ketiga-tiga mereka," kata MAS dalam kenyataan tersebut.
MAS juga berkata syarikat penerbangan itu akan terus berkomunikasi dengan keluarga mangsa melalui Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga di Beijing.
Namun tiada penjelasan lanjut atau maklumat teknikal mengenai nasib MH370 yang dapat diberikan selain daripada apa yang telah sedia ada dalam domain awam.
"Sejak dari awal kemalangan itu berlaku, MAS telah memberikan komitmen penuh kepada pihak penyiasat dan semua maklumat telah diberikan.
"Maklumat yang diberikan kepada MAS mengenai hasil siasatan akan dikongsi bersama dengan keluarga, jika ada," kata kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Jauhari Yahya
#China
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH370
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan