awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mas kahwin tiket Coldplay tidak sah - Mufti

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2023
08:05 MYT
Mas kahwin tiket Coldplay tidak sah - Mufti
Abdul Rahman berkata pemberian tiket Coldplay sebagai mas kahwin bercanggah dengan hukum syarak. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, cara itu juga bercanggah dengan hukum syarak.
"Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50.
"Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.
"Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.
Jelasnya, tetapi jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.
Pada Isnin, media melaporkan, seorang pasangan pengantin tular di media sosial Indonesia selepas menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tiket Coldplay
#mas kahwin
#Mufti Pahang
#perkahwinan tidak sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan