awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS memperkenalkan penerbangan ke Kochi mulai September

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2013
00:40 MYT
MAS memperkenalkan penerbangan ke Kochi mulai September
Malaysia Airlines (MAS) akan memperkenalkan penerbangan harian baru ke Kochi, India bermula 1 September 2013.
Syarikat penerbangan nasional itu juga memperkenalkan semula antara Kuala Lumpur dan Darwin, Australia serta Dubai.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya , penerbangan harian ke Kochi dan Darwin akan bermula 1september ini.
Penerbangan ke kedua-dua laluan berkenaan akan menggunakan pesawat baru dan dipertingkat B737-800 dengan 160 kapasiti tempat duduk.
Manakala penerbangan semula harian ke Dubai bermula lima Ogos ini.
Menurut Ahmad Jauhri, pengenalan laluan baru dan pembukaan semula dua laluan diperkenal selepas menganalisis trend peningkatan permintaan penumpang di bandar tersebut.
Laluan ke Darwin Australia pernah dihentikan 11 tahun lalu berikutan permintaan merudum.
Laluan ke Dubai pula ditamatkan Januari tahun lalu berikutan langkah rasionalisasi syarikat.
Bagi laluan Kochi, MAS akan terbang secara harian sementara ke Darwin lima kali seminggu.
Selain itu MAS akan turut menambah kekerapan laluan di beberapa destinasi serantau antaranya penerbangan harian ke Kathmandu berbanding lima kali seminggu sebelum ini.
Ia disusuli laluan ke Mumbai, Denpasar, dan Phuket.
Topic Berkaitan
#Darwin
#Dubai
#kochi
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan