NATIONAL
MAS nafi tutup operasi pada 28 Mei

Malaysia Airlines (MAS) menafikan khabar angin bahawa ia akan menutup operasinya pada 28 Mei.
Malaysia Airlines (MAS) telah menafikan khabar angin bahawa ia akan menutup operasinya pada 28 Mei.
Syarikat penerbangan itu, dalam satu kenyataan, berkata beberapa artikel mengenai khabar angin itu memetik sumber tidak rasmi dan telah menimbulkan keresahan di kalangan penumpangnya.
"Walaupun terdapat khabar angin itu, kami masih mengekalkan komitmen kami untuk kekal berdaya saing, dengan sentiasa melihat kepada pasaran yang lebih besar.
"Sebagai contoh, Malaysia Airlines Travel Fair (MATF) baru-baru ini membolehkan pelancong membeli tiket kami dengan diskaun 50 peratus untuk perjalanan segera sehingga 31 Disember 2014," katanya Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya
Beliau berkata syarikat itu menjalankan perniagaan seperti biasa dan penumpang tidak seharusnya bimbang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami