Semasa Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand membentuk ASEAN 50 tahun lepas, mereka menyasarkan kestabilan politik yang lebih kukuh di rantau ini dan untuk separuh abad akan datang, usaha adalah mengenai keupayaan ASEAN memahat kehebatan ekonominya.
Dan cabaran terbesar bagi rantau ini ialah untuk melangkah ke hadapan memenuhi jangkaan keseluruhan generasi baharu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Sambil menyatakan hasrat generasi muda ASEAN yang mahukan kehiduan lebih baik dan standard kehidupan lebih tinggi, beliau menegaskan bahawa mereka secara umumnya lebih berpelajaran, dan lebih berkemahiran dalam teknologi dan mereka yakin mendapat manfaat daripada keanggotaan negara dalam ASEAN.
"Kita harus berusaha memastikan ASEAN boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan inklusif, pekerjaan yang lebih baik, peluang pendidikan lebih baik dan pelaburan dalam infrstruktur yang akan membawa kepada standard kehidupan lebih tinggi untuk generasi ini.
"Di sinilah terletaknya cabaran untuk memenuhi kepercayaan dan harapan bagi 50 tahun akan datang. sambil menangani keperluan ekonomi rakyat, terutama golongan muda, yang merupakan asasa utama dalam membina kehebatan ekonomi ASEAN," katanya dalam ucaptama pada Simposium ASEAN 5050 suatu unjuran sebuah komuniti pada masa depan di sini hari ini.
Beliau berkata apapun jua keadaan yang berlaku dalam senario global pada masa depan, sama ada sekumpulan kuasa besar yang lain atau set baharu pekerjaan, masa depan ASEAN akan sentiasa cerah jika generasi muda mempunyai perasaan kekitaan terhadap perkumpulan berusia 50 tahun ini
"Untuk melakukannya, kita perlu melibatkan mereka, kerana kita tidak akan tahu, apa yang mereka mahukan jika kita tidak bertanyakan mereka. Tetapi apa yang lebih penting ialah mereka tidak akan ambil peduli tentang ASEAN jika tiada yang bertanyakan mereka mengenai matlamat bersama mereka untuk rantau ini.
"Dan jika mereka tidak peduli, kita akan menggunakan sepenuhnya aset terkuat ASEAN iaitu penduduknya, Pemimpin kita telah membawa ASEAN ke dalam satu perjalanan hebat sejak 50 tahun lepas tetapi bagi 50 tahun akan datang yang akan merencanakannya ialah setiap warga muda ASEAN yang ada," katanya.
Dianjurkan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) sempena ulang tahun ke-50 ASEAN tahun ini, simposium ini bertujuan untuk mengkaji secara kritikal pencapaian ASEAN dan yang paling penting kesediaan untuk menjangkakan cabaran bagi tempoh sederhana dan panjang,
''Khairy juga berkongsi pengalaman Malaysia melibatkan generasi muda dalam siri perbincangan peringkat nasional ke arah membentuk Trasfomasi Nasional 2050 (TN50)
Menurut beliau, dua pelajaran penting yang didapatkannya daripada proses melibatkan belia dalam proses TN50 ialah masa depan Malaysia banyak bergantung kepada anak muda negara dan mereka mengambil berat tentang masa depan Malaysia, jika mereka dilibatkan sama.
TN50 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada 21 Okt 2016 dan diselaraskan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2017

Khairy menegaskan, generasi muda ASEAN secara umumnya lebih berpelajaran dan lebih berkemahiran dalam teknologi. - fotoBERNAMA
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

178 ditahan serang KFC di Pakistan
Serangan itu yang didorong oleh sentimen anti-AS dan penentangan terhadap sekutunya, Israel, dalam perang yang sedang berlaku di Gaza.
AWANI Pagi: Deepfake: Ancaman baru terhadap wanita
Teknologi deepfake kini menjadi senjata digital baharu. Mengeksploitasi wajah wanita untuk tujuan yang memalukan dan berbahaya. Apa perlindungan undang-undang yang ada? Apa peranan kerajaan? Saksikan perbincangan eksklusif bersama YB Syerleena Abdul Rashid dalam #AWANIPagi.

COVID-19: Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Laman web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di China.

74 terbunuh dalam serangan AS di terminal minyak Yaman
Serangan itu menyasarkan kemudahan penting yang berfungsi sebagai pusat import bahan api utama negara itu.

Nguema menang pilihan raya presiden Gabon dengan 94.85 peratus undi
Keputusan baharu sementara yang "disatukan" menunjukkan Brice Clotaire Oligui Nguema memperoleh 94.85 peratus undi.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 April 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman dan Amirul Aiman
- Jalur Gemilang: Bendera simbol kedaulatan negara, kesilapan perlu diambil serius - PM Anwar
- Tarif Trump: Belia, Gen Z sedia bertukar ke pilihan lebih murah, barangan tiruan - Belia
- Selangor teliti keperluan haramkan penjualan vape - MB
- Jalur Gemilang: Bendera simbol kedaulatan negara, kesilapan perlu diambil serius - PM Anwar
- Tarif Trump: Belia, Gen Z sedia bertukar ke pilihan lebih murah, barangan tiruan - Belia
- Selangor teliti keperluan haramkan penjualan vape - MB

Kabel penyokong terputus punca kereta kabel terhempas
Tragedi itu berlaku di laluan kereta kabel yang menghubungkan bandar Castellammare di Stabia dengan Monte Faito.

18,389 pengundi luar negara berdaftar untuk PRU2025 Singapura
London mencatat jumlah pengundi luar negara secara fizikal tertinggi dengan 2,470 orang berdaftar, diikuti Hong Kong dan Shanghai.

PM Jepun mahu "kemajuan spesifik" dalam rundingan tarif dengan AS
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menyuarakan harapan agar rundingan tarif dua hala dengan AS mencatat "kemajuan spesifik".

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 45,000 tiket perlawanan Manchester United-ASEAN All-Stars sudah terjual
Hampir 45,000 tiket perlawanan antara kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 28 Mei sudah terjual setakat ini.

ASEAN tolak sebarang bentuk tarif dikenakan secara unilateral - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral.

ASEAN-China: Sekarang penentu keteguhan prinsip sentralisasi ASEAN - Penganalisis
Berdepan dengan cabaran geopolitik baharu dan perang dagang yang kian memuncak, negara-negara ASEAN perlu membuat keputusan yang menjamin manfaat serantau.

Tarif AS: Putuskan hubungan dengan China akan puaskan AS, mustahil dilakukan Malaysia - Penganalisis
Tidak banyak tawaran yang boleh dibuat oleh Malaysia kepada Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan mengenai tarif kerana hakikatnya Malaysia tidak mengenakan tarif kepada negara tersebut.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dalam ketegangan perdagangan global
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh kelemahan unit negara maju itu di tengah-tengah ketegangan perdagangan global, kata penganalisis.

PM puji program R.I.S.E. anjuran Maybank, bawa impak positif di ASEAN
Program pemerkasaan ekonomi R.I.S.E. di bawah Maybank telah membawa impak positif di Malaysia, Indonesia, Filipina, Laos, Kemboja dan Singapura.

Tarif Trump: Tengku Zafrul, Amir Hamzah ke White House bawa suara ASEAN
Fahmi berkata, perbincangan bersama pentadbiran White House itu adalah usaha Malaysia membawa suara ASEAN dalam menangani impak tarif secara bersama.

China sedia tandatangani peningkatan ACFTA dengan ASEAN secepat mungkin - Xi Jinping
Presiden Jinping sokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dan bersedia menandatangani Protokol Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China dengan negara serantau.
![[KOLUMNIS] Mengapa ASEAN masih penting kepada China dan mengapa pendekatan diplomasi cukai Anwar Ibrahim wajar dicontohi [KOLUMNIS] Mengapa ASEAN masih penting kepada China dan mengapa pendekatan diplomasi cukai Anwar Ibrahim wajar dicontohi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-04/71744111690_TBBENDERAASEAN.jpg)
[KOLUMNIS] Mengapa ASEAN masih penting kepada China dan mengapa pendekatan diplomasi cukai Anwar Ibrahim wajar dicontohi
Menurut penulis, ASEAN mungkin satu-satunya pelantar yang mampu menginsankan kebangkitan China dan pada masa sama melembutkan kejatuhan AS.