awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Masa depan lepasan SPM kurang cemerlang belum berakhir' - Ahmad Zahid

Nazri Kahar
Nazri Kahar
27/05/2024
08:59 MYT
'Masa depan lepasan SPM kurang cemerlang belum berakhir' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, banyak peluang lain yang boleh mereka terokai terutamanya dalam bidang TVET. - Gambar/ Fariz Iswadi
SHANGHAI: Timbalan Perdana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 hari ini.
"Tahniah buat pelajar-pelajar yang cemerlang dan yang tidak berapa cemerlang... masa depan mereka belum berakhir, banyak peluang lain yang boleh mereka terokai terutamanya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), memorandum perjanjian dan surat niat berkaitan bas elektrik dan penjanaan kuasa tenaga baharu dan penyimpanan tenaga suria serta bateri.
Permeteraian itu dibuat antara SKS Coach Builders Sdn Bhd (SKS) dan CRRC Corporation, MARA Liner dan SKS, serta Mara Corp dan China Electrical Equipment Group sempena lawatan rasmi beliau ke China hingga 1 Jun depan.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#SPM
#masa depan
#Lawatan ke China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan