awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa depan politik Pita bakal diketahui bulan depan

Bernama
Bernama
20/12/2023
15:53 MYT
Masa depan politik Pita bakal diketahui bulan depan
Jika didapati bersalah, Pita akan hilang kerusinya dan dilarang terlibat dalam politik. - Gambar fail
BANGKOK: Masa depan politik bekas pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat bakal diketahui pada bulan depan apabila Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan berhubung kes pemilikan saham dalam sebuah syarikat media.
Mahkamah Perlembagaan akan membuat keputusan pada 24 Januari 2024, sama ada Pita melanggar peraturan yang melarang Ahli Parlimen daripada memiliki saham dalam syarikat media.
Jika didapati bersalah, Pita akan hilang kerusinya dan dilarang terlibat dalam politik.
"Saya berpuas hati dengan prosedur hari ini. Saya telah memberi keterangan. Saya harap saya akan mendapat keadilan," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di mahkamah pada Rabu.
MFP yang diketuai oleh Pita, 43, memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum pada 14 Mei lepas.
Bagaimanapun, beliau gagal dalam usahanya untuk menjadi perdana menteri selepas tidak berjaya memperoleh sokongan yang mencukupi di Parlimen dwidewan.
Mahkamah Perlembagaan kemudian menggantung tugasnya sebagai Ahli Parlimen selepas mendapati beliau tidak layak bertanding kerana memegang saham dalam syarikat media ketika mendaftar sebagai calon.
Beliau meletak jawatan sebagai ketua parti pada September.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pita Limjaroenrat
#pemimpin politik
#Move Forward
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan