awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MASA tegaskan integriti kunci kemakmuran negara sempena Hari Antirasuah Antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2025
08:00 MYT
MASA tegaskan integriti kunci kemakmuran negara sempena Hari Antirasuah Antarabangsa
Azril berkata, sasaran untuk berada dalam kelompok 30 teratas Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2025 sukar dicapai tanpa pembaharuan struktur yang lebih tegas.
KUALA LUMPUR: Sempena Hari Antirasuah Antarabangsa 2025, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menekankan bahawa usaha memerangi rasuah adalah kewajipan moral dan amanah negara, bukan sekadar tuntutan dasar.
Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin berkata, “Malaysia tidak akan mencapai kemakmuran tulen selagi integriti institusi terus dikompromi dan kepercayaan rakyat terhakis.”
Beliau turut mengingatkan bahawa integriti bukan isu politik, sebaliknya persoalan masa depan negara.
“Prinsip ini kekal teguh merentasi perubahan pentadbiran kerana integriti adalah asas pembangunan jangka panjang,” katanya.
Mengulas kedudukan Malaysia yang kekal di tangga ke-57 Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024, Azril menegaskan, “Sasaran untuk berada dalam kelompok 30 teratas menjelang 2025 sukar dicapai tanpa pembaharuan struktur yang lebih tegas.”
Beliau juga menekankan kepentingan teknologi dalam memerangi rasuah.
“Teknologi hanya membawa makna apabila disertai keberanian institusi untuk menegakkan integriti tanpa kompromi,” ujarnya.
MASA akan terus bersuara secara profesional dan berprinsip bagi memastikan pembaharuan institusi dilaksanakan dengan telus dan adil.
Topic Berkaitan
#Hari Antirasuah Antarabangsa
#MASA
#Pembaharuan Institusi
#Rasuah
#integriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan