awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang

Bernama
Bernama
09/01/2025
22:30 MYT
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Chang berkata, Malaysia sedang meningkatkan rantaian nilai merentasi pelbagai industri dan kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk mewujudkan ekosistem yang lebih baik untuk profesional teknologi di negara ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Peluang yang muncul hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini satu masa yang terbaik untuk bakat-bakat mahir dalam bidang teknologi pulang ke Malaysia, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.
Beliau berkata, Malaysia sedang meningkatkan rantaian nilai merentasi pelbagai industri dan kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk mewujudkan ekosistem yang lebih baik untuk profesional teknologi di negara ini.
"Terutamanya industri yang sudah kukuh seperti semikonduktor, dan kami juga sedang melihat untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam industri konvensional.
"Kita memerlukan ramai pekerja mahir untuk membantu melakukan transformasi, jadi saya fikir ini adalah masa terbaik untuk bakat-bakat mahir Malaysia untuk kembali," katanya kepada Bernama di luar Forum Ekonomi Malaysia, di sini, pada Khamis.
Chang turut menekankan keperluan untuk memudahkan pemulangan bakat mahir teknologi Malaysia, termasuk memudahkan rentas sempadan bagi mereka yang mempunyai pasangan asing.
"Kita perlu lebih pantas dan fleksibel. Kita tidak boleh ada terlalu banyak sekatan dan perlu membantu bakat kita, terutamanya jika mereka mempunyai pasangan asing," katanya.
Terdahulu, ketika sesi bertajuk Technology: Breaking Out, Chang menekankan kepentingan menarik bakat teknologi global ke Malaysia, mengakui bahawa tidak mungkin mengharapkan semua profesional Malaysia untuk pulang.
"Saya fikir adalah penting bagi industri dan juga kerajaan untuk memudahkan atau menjadikan dasar merentas sempadan kita lebih pantas dan fleksibel supaya Malaysia benar-benar boleh menjadi hab untuk bakat mahir teknologi dan syarikat permulaan teknologi," katanya.
Chang berkata, Malaysia mesti memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global dan tidak lagi boleh kekal di peringkat bawahan yang bergantung kepada buruh murah atau industri intensif buruh.
Beliau menekankan keperluan untuk memajukan teknologi bagi meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan memenuhi piawaian antarabangsa, termasuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan pematuhan hijau.
"Itulah sebabnya kita mempunyai Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang melihat kepada pertumbuhan tinggi, industri bernilai tinggi, dan kami fikir adalah sangat penting untuk kami melompat daripada status semasa kepada status yang lebih tinggi," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#pasangan asing
#NIMP 2030
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan