KUALA LUMPUR:Merujuk kepada ura-ura kemungkinan pilihan raya mengejut, seorang aktivis hari ini berkata sekarang bukan masa untuk bercakap atau menuntut kebebasan individu, sebaliknya yang lebih penting adalah usaha merencana kebebasan dari perasaan ketakutan, jangkitan dan penyakit seluruh negara.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata setiap usaha serta langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik yang diketengahkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memerangi wabak COVID-19 seharusnya disokong penuh oleh semua ahli politik.
"Ada ura-ura mengenai pilihan raya umum tahun ini, saya harap perkara ini hanya spekulasi semata-mata kerana sekarang ini pastinya bukan masa untuk mengadakan pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Yang pertama sekali kerana faktor kos untuk mengadakan pilihan raya yang perlu difikirkan, kerana ia (pilihan raya) akan memerlukan kerajaan membelanjakan wang, yang sebenarnya kita agak kesempitan disebabkan masalah ekonomi yang berpunca daripada COVID-19," tambahnya.
Lee berkata selain itu negara tidak boleh sekali lagi mengharungi kebangkitan gelombang jangkitan terbaharu, yang pastinya akan berlaku jika orang ramai berhimpun untuk berkempen dan mengundi dalam pilihan raya.
"Sepatutnya tidak ada usaha, masa, atau kewangan, digunakan bagi maksud yang lain daripada memenuhi keperluan orang ramai yang terjejas teruk akibat COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
Lee Lam Thye berkata setiap usaha serta langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik seharusnya disokong penuh oleh semua ahli politik. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Masa tidak sesuai untuk pilihan raya, ahli politik perlu sokong langkah keselamatan kesihatan - Lam Thye
Lee Lam Thye berkata setiap usaha serta langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik yang diketengahkan KKM dalam memerangi wabak COVID-19 seharusnya disokong penuh oleh semua ahli politik.
PRN Sabah: Ambil serius soal norma baharu - SPR
Norma baharu dan pematuhan SOP adalah antara keutamaan dan mesti diambil serius oleh semua pihak pada PRN Sabah bulan depan bagi mengelakkan penularan COVID-19.
LAPOR LANGSUNG: Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan
Pembubaran DUN Sabah itu telah mendapat perakuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Polis kawal laluan pintu masuk Istana Negeri
Polis mula mengadakan sekatan dan kawalan laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri di sini malam ini susulan perkembangan politik semasa di negeri ini.
PM perlu tegas umum tiada pilihan raya sehingga 2023 - Nazri Aziz
Nazri berpendapat, dengan cara itu Muhyiddin mempunyai banyak masa untuk menstabilkan Perikatan Nasional (PN).
PKR Selangor sedia berdepan pilihan raya mengejut
Arahan telah diberikan kepada jentera PKR Selangor supaya bersiap siaga bagi menghadapi segala kemungkinan.
Sidang Dewan Rakyat khas 2 Mac untuk pilih PM baharu - Dr Mahathir
Perdana menteri interim itu berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan.
DAP hanya mahu tunjuk kuasa desak adakan pilihan raya mengejut - Noh Omar
DAP kini merasakan mereka lebih berkuasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana menguasai kerajaan Pulau Pinang dan majoriti kerusi DUN Selangor iaitu 15 daripada 56 kerusi keseluruhan.
Amanah belum buat keputusan mengenai pilihan raya mengejut Pulau Pinang
Perkara itu telah dibincangkan dalam kalangan para pemimpin parti dan mereka akan bermesyuarat pada Isnin di ibu pejabat parti di Selayang.
PRN P.Pinang: PAS sifatkan DAP dalam keadaan gelabah
Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya menunggu sehingga mahkamah membuat keputusan terhadap dua pertuduhan yang dihadapinya.