awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masakan masin, badan berbau antara punca perceraian di Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/11/2019
09:32 MYT
Masakan masin, badan berbau antara punca perceraian di Terengganu
Kes pasangan fail cerai atas alasan masakan masin serta badan salah seorang daripada pasangan berbau melibatkan pasangan yang baru dua tahun berkahwin, kata Hanafiah Mat. - Gambar SINAR HARIAN
Masakan masin dan badan berbau disenaraikan antara punca penceraian yang direkodkan di negeri Terengganu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, kedua-dua kes itu melibatkan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga kira-kira dua tahun.
Sehubungan itu, Hanafiah berkata, pihaknya serius dalam usaha mengurangkan serta menangani masalah perceraian hanya kerana alasan-alasan remeh seperti itu.
Antara usaha yang diambil kerajaan negeri, kata beliau ialah, menawarkan peluang berbulan madu kali kedua kepada pasangan yang bermasalah.
Peluang berbulan madu itu, katanya, dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK).
"Semua nama peserta ini kita ambil yang pejabat agama sudah (diberi) kaunseling dan pejabat agama merasakan bahawa mereka masih ada peluang untuk hidup bersama.
"Jadi kita (YPK) buat honeymoon (bulan madu) kali kedua... (hasilnya) sebahagian besarnya meneruskan perkahwinan tetapi ada juga sebahagian kecilnya bercerai," kata beliau kepada pemberita di sini pada Rabu.
Menurut Hanafiah, bagi tempoh Januari hingga 13 November tahun ini, sebanyak 1,745 kes penceraian direkodkan di negeri Terengganu.
Selain alasan masakan masin dan badan berbau, beliau berkata, campur tangan keluarga, perkahwinan jarak jauh dan masalah sosial antara pasangan sehingga ada pihak ketiga turut menyumbang kepada statistik tersebut.
Kata Hanafiah lagi, umur paling muda dalam perceraian yang direkodkan di negeri ini ialah 17 tahun sementara usia paling tua pula 75 tahun.
Topic Berkaitan
#badan berbau
#masakan masin
#punca perceraian
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan