PELBAGAI platform dalam talian diwujudkan untuk memudahkan urusan tanpa perlu berjumpa secara fizikal demi menjaga prosedur operasi standard (SOP) semasa wabak COVID-19.
Umum mengetahui bahawa banyak perubahan yang perlu diadaptasi untuk mencapai hasrat yang diinginkan dalam cabaran menghadapi pandemik COVID-19.
Contohnya, pembelajaran para pelajar sekolah atau universiti melalui kaedah e-pembelajaran. Banyak hospital juga telah menggunakan kaedah e-konsultasi dengan pesakit.
E-kaunseling juga banyak digunakan sebagai medium untuk membantu masyarakat.
Ringkasnya, kaedah secara online yang mudah, cepat dan mampu membantu masyarakat.
Walaupun keadaan sekarang telah membenarkan untuk perjumpaan secara fizikal dengan penjagaan SOP yang sewajarnya, namun ada kalanya, tidak dinafikan platform online ini memudahkan pihak-pihak menyelesaikan banyak perkara dalam masa yang singkat.
Klinik Guaman Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai Negeri Sembilan juga turut mengambil ruang dan inisiatif untuk membantu masyarakat semasa PKP dan kini PKPP melalui khidmat e-konsultasi.
Tujuan klinik guaman USIM pada asasnya adalah medium khidmat masyarakat yang ingin bertanyakan hal-hal perundangan dan urusan mahkamah secara percuma.
Contohnya orang ramai yang menghubungi kami semasa PKP dan PKPP kerana dua keadaan, kemelut rumah tangga yang telah sedia wujud sebelum PKP dan ia berterusan malah semakin teruk semasa PKP dan ada juga semasa kuarantin, pelbagai masalah rumah tangga baharu timbul sehingga membawa kepada perceraian.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar, dalam keadaan suami isteri terpaksa duduk di rumah, rupa-rupanya mencetuskan cabaran lebih besar kepada mereka sehinggakan hal-hal remeh juga menjadi sangat serius sehingga membawa kepada perceraian.
Apatah lagi kesan dari PKPP ini juga ramai juga yang terpaksa dibuang kerja. Ada yang bertanya mengenai hak pekerja yang terpaksa dibuang kerja semasa PKPP.
Begitu juga dengan usahawan yang menghadapi kemelut hutang perniagaan.
Oleh kerana klinik guaman USIM mengendalikan konsultasi guaman sivil dan syariah, maka banyak isu-isu yang dikemukakan semasa PKPP ini cenderung kepada kesan COVID-19 yang merangkumi isu rumah tangga, pekerjaan dan perniagaan.
Orang awam yang ingin mendapatkan konsultasi datang dari pelbagai latar belakang dan lokasi. Inilah kelebihan e-konsultasi yang dapat membantu masyarakat dari seluruh Malaysia berbanding sebelum ini klien klinik guaman hanyalah di kalangan penduduk Negeri Sembilan, Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
Orang awam berpeluang untuk berbincang dengan peguam bertauliah. Mereka akan memberikan peluang untuk klien bertanya urusan undang-undang dan hal ehwal di Mahkamah.
Rata-rata klien klinik guaman USIM adalah dari kumpulan isi rumah B40. Tekanan semasa PKPP ni makin menekan mereka.
Ada di kalangan mereka perlukan khidmat guaman. Kami di klinik guaman USIM menyediakan konsultasi secara percuma.
Konsultasi dan khidmat guaman adalah satu kesinambungan dan berkait rapat. Khidmat guaman diperlukan jika ada kes yang perlukan peguam mewakili klien ke mahkamah dan urusan perundangan lain.
Ada juga isu yang dibawa ke mahkamah yang boleh diselesaikan sendiri oleh individu setelah mendapat panduan dan konsultasi dari panel peguam.
Oleh itu, kami mencadangkan golongan B40 ini mendapat bantuan terus ke Jabatan Bantuan Guaman di setiap negeri sebagai jalan penyelesaian.
Ada yang telah mendapat manfaat dari e-konsultasi contohnya warga Malaysia yang bekerja di Singapura yang masih belum dapat masuk ke Malaysia sebelum ini telah merangka penyelesaian perceraian cara baik setelah mendapat nasihat dari panel peguam.
Cara E-konsultasi dijalankan melalui aplikasi online seperti zoom, whatsapp video call dan juga voice note. Teknik yang dipilih mengikut kesesuaian semua pihak dan bergantung kepada kekuatan talian internet.
Selain itu, penglibatan mahasiswa dalam e-konsultasi sebagai pembantu peguam adalah satu mekanisme untuk mendapatkan input, latihan guaman dan membuat laporan bagi memudahkan rujukan pembelajaran dan rekod klinik guaman.
Sumbangan kami dari USIM kepada masyarakat melalui e-konsultasi diharap dapat dijadikan medium khidmat masyarakat yang memerlukan dengan mendapat maklumat yang tepat.
Walaupun banyak maklumat dari sumber internet yang mereka boleh perolehi, namun melalui e-konsultasi ini, mereka telah mendapat jawapan yang sewajarnya sesuai dengan masalah sendiri.
Orang awam boleh rujuk profil melalui facebook Klinik Guaman USIM.
* Dr Norsuhaida Che Musa adalah Pensyarah Kanan dan Penyelaras Klinik Guaman, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Norsuhaida Che Musa
Mon Sep 21 2020
Sumbangan kami dari USIM kepada masyarakat melalui e-konsultasi diharap dapat dijadikan medium khidmat masyarakat yang memerlukan dengan mendapat maklumat yang tepat.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv
Borak SeeNI kini bersiaran di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi bagi membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.
Tahun Baharu Cina: Iklan, filem pendek dengan unsur kekeluargaan terus jadi pilihan
Kebanyakan iklan akan menyentuh unsur sentimental seperti persahabatan dan kekeluargaan.
KPWKM cadang wujudkan kursus pasca perkahwinan
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan bagi suami isteri untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.
Kestabilan institusi keluarga ramuan utama kebangkitan peradaban - Tunku Azizah
Kestabilan institusi kekeluargaan adalah satu keperluan (darurah) pada zaman sekarang.
Masalah rumah tangga ketika PKP? Klinik Guaman USIM laksana e-konsultasi
Dalam keadaan suami isteri terpaksa duduk di rumah, rupa-rupanya mencetuskan cabaran lebih besar kepada mereka.
Dah besar pun nak tengok BoBoiBoy Movie 2? Ini 5 sebab mengapa mereka wajib tonton!
Dengan kualiti dipertingkat dari segenap aspek, filem ini telah menerima pujian daripada seluruh penonton termasuk pengkritik filem.
Kisah budak 3 tahun jaga ibu sedang sakit dapat perhatian
Qianqian dilihat melakukan tugasan yang biasa dilakukan orang dewasa, seperti menyuapkan makanan dan minuman kepada ibunya.
Banyak masalah Malaysia, Indonesia selesai secara kekeluargaan - Zahid Hamidi
Banyak masalah melibatkan hubungan Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan dengan cara kekeluargaan berbanding cara diplomatik, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.