awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mashitah sedia bertanding di kawasan DUN Kuala Ketil pada PRU14

Bernama
Bernama
20/09/2017
10:45 MYT
Mashitah sedia bertanding di kawasan DUN Kuala Ketil pada PRU14
Mashitah berkata usaha untuk memartabatkan peranan wanita telah pun disuarakan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan sudah tiba masanya ia direalisasikan pada PRU14 nanti. - Gambar fail
Bekas Anggota Parlimen Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sedia bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Kedah pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) .
Mashitah yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) berkata sudah tiba masanya kawasan DUN itu diwakili pemimpin wanita yang mempunyai latar belakang agama kerana kawasan itu banyak menempatkan pusat tahfiz dan pondok di Kedah.
"Insya-Allah, sekiranya diberi peluang saya bersedia untuk bertanding di peringkat DUN untuk mencukupkan kuota calon wanita.
"Saya rasa kita perlu ada wanita-wanita profesional...lebih-lebih lagi Kedah mempunyai institusi-institusi agama jadi memerlukan orang yang mempunyai latar belakang agama yang menerajui, supaya rakyat yakin apabila kita bercakap tentang agama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio di sini hari ini.
Mashitah yang pernah menang kerusi Parlimen Baling pada 2004 berkata usaha untuk memartabatkan peranan wanita iaitu menambah kuota calon sebanyak 30 peratus pada PRU14 telah pun disuarakan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan sudah tiba masanya ia direalisasikan pada PRU14 nanti.
Sejak 2008, DUN Kuala Ketil dikuasai PAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#DUN
#Kedah
#Kuala Ketil
#latar belakang agama
#Mashitah Ibrahim
#pemimpin wanita
#pilihan raya umum
#PRU14
#pusat tahfiz
#sekolah pondok
#Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan