awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketegangan Iran-AS: Semua pihak digesa bertenang - Mohamad Hasan
Anwar ziarah bekas PM Afghanistan terima rawatan di Malaysia
California keluar surat arahan pemberhentian kepada xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan

Bernama
Bernama
20/04/2021
20:35 MYT
Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan
Bagi memperkemas pematuhan dan tindakan, polis Kelantan akan menggunakan kaedah tersendiri termasuk dalam bentuk penyamaran serta menggerakkan kereta peronda polis untuk melakukan rondaan di kawasan tumpuan ramai. - Gambar fail
KOTA BHARU: Masih ada segelintir masyarakat seolah-olah tidak peduli serta mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di kawasan awam, meskipun kes COVID-19 di negeri ini meningkat.
Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi penjaja juadah berbuka termasuk di Pintu Geng dan Pasir Tumboh di sini mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, ada pengunjung hanya meletakkan pelitup muka di dagu ketika berada di kawasan orang ramai, atau hanya memakai pelitup muka apabila mengetahui pihak polis membuat rondaan dan pemeriksaan.
"Tindakan seperti itu sebenarnya amat tidak patut dilakukan oleh masyarakat. Namun kita berharap ia boleh diberikan penambahbaikan kerana kes COVID-19 di negeri ini kian meningkat," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di lokasi penjaja di Pasir Tumboh di sini, semalam.
Shafien berkata, pihaknya mengeluarkan 18 kompaun sepanjang tiga hari operasi melibatkan kesalahan tidak memakai pelitup separuh muka, rentas negeri tanpa surat kebenaran, serta satu kes makan secara 'curi-curi' di restoran dengan kadar RM10,000 setiap satu.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menentukan jumlah sebenar yang akan dikenakan kepada pesalah SOP berkenaan.
Shafien berkata, bagi memperkemaskan lagi pematuhan dan tindakan, polis akan menggunakan kaedah tersendiri termasuk dalam bentuk penyamaran serta menggerakkan kereta peronda polis (MPV) untuk melakukan rondaan di kawasan tumpuan ramai.
Mengenai jumlah penjaja yang ramai serta kedudukan gerai penjaja yang agak rapat, Shafien berharap perkara itu dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Degil
#penularan
#tindakan tegas
#COVID-19
#rentas negeri
#pelitup muka
#SOP
#KKM
#polis
#kesihatan
#operasi
#penjaja
#juadah berbuka
#sikap sambil lewa
#Shafien Mamat
#kompaun
#rondaan
#gerai
#pbt
#penyamaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan