awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih ramai tidak endah larangan merokok - JKNNS

Bernama
Bernama
21/05/2023
02:00 MYT
Masih ramai tidak endah larangan merokok - JKNNS
Dr Harlina berkata, larangan merokok bukan bertujuan menghukum, sebaliknya bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada mereka serta perokok pasif. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Masih ramai dalam kalangan perokok tidak mengendahkan larangan merokok terutama di premis makanan, hospital dan hentian pengangkutan awam, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Harlina Abdul Rashid.
Beliau berkata ini berikutan sebanyak 96 notis kesalahan dikeluarkan dalam tempoh 8 jam operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) di sekitar negeri ini semalam.
"Ia termasuk di kawasan hospital atau klinik, premis makanan dan pusat beli-belah selain kesalahan terhadap pemilik yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis. Kita tengok tadi di tempat makan, rakyat ada kesedaran tetapi diharap dengan penguatkuasaan ini mereka akan lebih peka.
"Sebenarnya tabiat merokok ini berkait dengan tingkah laku, justeru Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa mempromosi dan melaksanakan penguatkuasaan secara berkala untuk membendung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini malam tadi.
Beliau turut menegaskan bahawa larangan merokok bukan bertujuan menghukum golongan perokok, sebaliknya bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada mereka serta perokok pasif iaitu individu yang berada di sekeliling.
Dr Harlina berkata aktiviti mempromosi dan peringatan kepada masyarakat mengenai keburukan tabiat merokok adalah tanggungjawab semua pihak selain pelanggan dan pemilik premis makanan perlu memainkan peranan masing-masing.
Selain itu, beliau berkata perokok dan pengguna rokok elektronik atau vape turut diseru untuk berhenti merokok mengikut kaedah rawatan yang diiktiraf KKM memandangkan ia juga boleh membahayakan diri dan orang sekeliling.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#larangan merokok
#Negeri Sembilan
#notis kesalahan
#jabatan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan