awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid, bangunan kerajaan terbakar di Jerantut dan Rompin

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2023
22:30 MYT
Masjid, bangunan kerajaan terbakar di Jerantut dan Rompin
Kebakaran yang berlaku pada petang Ahad memusnahkan 80 peratus struktur bangunan masjid Kampung Bukit Rang. Gambar kanan: Blok bangunan empat tingkat yang menempatkan pejabat beberapa agensi kerajaan di Rompin. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Masjid Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang Ahad.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kebakaran yang dilaporkan pada jam 6.57 petang itu memusnahkan 80 peratus struktur bangunan masjid tersebut.
"Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut ke lokasi untuk operasi pemadaman.
"Operasi turut dibantu anggota dan jentera dari BBP Jengka," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya tiada mangsa atau jemaah terlibat dalam kejadian itu
Zulfadli berkata, pihaknya menggunakan dua aliran hos dari tangki pam jentera bomba untuk mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah bangunan pentadbiran yang menempatkan pejabat beberapa agensi kerajaan di Rompin turut terbakar pada petang Ahad.
Beliau berkata, kebakaran yang dilaporkan jam 6.55 petang itu melibatkan pejabat Rela, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin.
Menurutnya, kebakaran melibatkan blok bangunan empat tingkat itu dipercayai bermula dari pejabat Rela yang berada di tingkat bawah.
"Operasi pemadaman dilakukan sepasukan bomba dari BBP Rompin dibantu pihak polis dan orang awam.
"Punca kebakaran dua bangunan tersebut masih dalam siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#masjid
#bangunan kerajaan
#kebakaran
#Zulfadli Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan