awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid disaran wujud Tabung Rahmah Kasih - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
04/11/2023
09:35 MYT
Masjid disaran wujud Tabung Rahmah Kasih - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, banyak kes berlaku seperti ahli kariah tiada wang tunai untuk tujuan kecemasan seperti kebakaran rumah dan kemalangan jalan raya dan sebagainya. - Gambar fail
MELAKA: Masjid di seluruh negara disaran mewujudkan Tabung Rahmah Kasih bagi membantu ahli kariah terutama mereka yang memerlukan bantuan kecemasan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
"Banyak kes berlaku seperti (ahli) kariah tiada wang tunai untuk tujuan kecemasan seperti kebakaran rumah dan kemalangan (jalan raya dan sebagainya).
"Selain itu, sumbangan ke tabung berkenaan juga boleh digunakan untuk bayaran token kepada golongan asnaf yang melakukan kerja sambilan di masjid seperti membersihkan masjid dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Program Ziarah Kasih Rahmah 2023 (ZIKIR '23) peringkat Zon Selatan di Masjid As-Salimin, Kampung Kandang di sini hari ini.
Hadir sama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Islam negeri merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Rahmad Mariman.
"Kita nak ubah (persepsi)... masjid bukan untuk tempat orang datang solat sahaja... ini (antara) program merakyatkan masjid," katanya.
Dalam pada itu, bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam isu berkaitan Palestin, beliau menasihatkan orang ramai agar menyumbang kepada tabung dilancarkan kerajaan baru-baru ini.
Beliau berkata dua tabung berkenaan adalah Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikelolakan Yayasan Waqaf Malaysia dan Tabung Amanah Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masjid
#tabung rahmah kasih
#kecemasan
#ahli kariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan