awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid, surau di 46 kariah di Kedah diarah tutup

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
19/08/2020
15:55 MYT
Masjid, surau di 46 kariah di Kedah diarah tutup
Solat Jumaat yang diadakan di masjid dalam kariah yang terlibat turut tidak dibenarkan dan digantikan dengan solat fardhu Zohor. - Astro AWANI
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengarahkan penutupan kesemua masjid dan surau di 46 kariah dalam daerah Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Baling bermula Rabu susulan penularan wabak COVID-19.
Arahan penutupan itu merupakan yang kedua selepas masjid dan surau di beberapa kariah dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara pentadbiran (TEMCO) di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap berbuat demikian bermula 3 Ogos lalu.
Susulan itu, solat Jumaat yang diadakan di masjid dalam kariah yang terlibat turut tidak dibenarkan dan digantikan dengan solat fardhu Zohor.
Bagaimanapun, kebenaran solat fardhu berjemaah di masjid dan surau tersebut hanya melibatkan tiga individu sahaja membabitkan imam, pegawai masjid serta jawatankuasa kariah.
Aktiviti-aktiviti keagamaan seperti majlis ilmu, kuliah dan kelas pengajian serta majlis bacaan Yassin turut dilarang.
Majlis akad nikah di masjid atau surau yang terlibat juga tidak dibenarkan selain pengurusan solat jenazah hanya dibenarkan dilaksanakan di rumah dengan kehadiran pegawai masjid dan ahli keluarga terdekat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
#JHEAIK
#Kedah
#Kubang Pasu
#Padang Terap
#penutupan masjid
#Solat Jumaat
#surau
#TEMCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan