awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nyalaan lilin di ibu kota tanda sokongan kepada Venezuela, bantah tindakan AS
Lebih sejuta penganut Hindu dijangka banjiri Pulau Pinang sempena Thaipusam 2026
Pesara kerajaan rugi lebih RM1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid, surau di seluruh Wilayah Persekutuan dibuka semula, kecuali zon merah

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2020
07:50 MYT
Masjid, surau di seluruh Wilayah Persekutuan dibuka semula, kecuali zon merah
Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi kecuali yang berada dalam zon merah. Gambar fail/ Bernama.
Kerajaan bersetuju membenarkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibuka semula kecuali yang berada di kawasan zon merah.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, pembukaan rumah ibadat itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk memastikan bilangan jemaah adalah satu pertiga daripada kapasiti bangunan.
"Memandangkan kadar pematuhan SOP yang tinggi, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP telah memberi kebenaran beroperasi kepada semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan kecuali di zon merah.
"Masjid dan surau di negeri-negeri lain tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing. SOP (bilangan jemaah) yang ditetapkan adalah masih sama iaitu 1/3 daripada kapasiti sebenar masjid dan surau," katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, katanya kerajaan juga bersetuju membenarkan pembukaan semula semua rumah ibadat bukan Islam seluruh negara dengan SOP yang ditetapkan.
Ismail Sabri berkata, operasi rumah ibadat berkenaan bagaimanapun masih tertakluk di bawah kebenaran kerajaan negeri masing-masing.
Bagi rumah ibadat bukan Islam, Kementerian Perpaduan Negara telah berbincang dengan 16 badan dan persatuan agama dan membuat permohonan bagi rumah ibadat bukan Islam untuk beroperasi.
"Mesyuarat Khas hari ini telah bersetuju untuk memberi kebenaran untuk 5,230 rumah ibadat beroperasi di seluruh negara. Rumah ibadat ini boleh beroperasi pada hari dan masa seperti biasa dengan kehadiran 1/3 daripada keluasan rumah ibadat.
"Kebenaran dan permulaan operasi tertakluk kepada kebenaran kerajaan negeri dan SOP yang ditetapkan, termasuk memuat turun aplikasi MySejahtera atau memberi maklumat secara manual," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Islam
#ismail sabri yaakob
#kementerian perpaduan negara
#kerajaan
#keselamatan
#Media
#menteri
#MySejahtera
#operasi
#perpaduan
#PKP
#rumah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan