NATIONAL
Masjid, surau diseru berganding bahu bantu tangani isu kesihatan mental - Mohd Na'im

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berucap pada Majlis Pelancaran Program "Thy Me Time@Masjid" di Masjid Az Zubair Ibnu Awwam hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan diseru berganding bahu bersama-sama kerajaan menangani isu kesihatan mental dalam kalangan rakyat.
Ringkasan AI
- Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan diseru bantu tangani isu kesihatan mental rakyat secara menyeluruh.
- Kesihatan mental wanita turut diberi perhatian kerana peranan penting mereka dalam pembinaan masyarakat MADANI.
- Program "Thy Me Time @ Masjid" dilancarkan untuk jadikan masjid pusat sokongan emosi dan kesejahteraan komuniti.
"Ini kerana pembinaan masyarakat MADANI bermula dari rumah dengan mereka (wanita) berperanan dalam keluarga, seterusnya masyarakat dan akhirnya negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program "Thy Me Time @ Masjid" di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras di sini hari ini.
Program "Thy Me Time @ Masjid" diadakan bertujuan mentransformasikan masjid sebagai pusat sokongan kesejahteraan komuniti.
Program itu menawarkan aktiviti sembang santai bersama pakar psikiatri, tausiyah emosi, kumpulan pemulihan emosi atau healing circle, latihan pernafasan dan refleksi berkumpulan serta rangkaian sokongan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami