awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid, surau Wilayah Persekutuan diarah laksana solat hajat dan Qunut Nazilah bagi pembebasan Gaza

Bernama
Bernama
22/08/2025
05:00 MYT
Masjid, surau Wilayah Persekutuan diarah laksana solat hajat dan Qunut Nazilah bagi pembebasan Gaza
Seruan itu merupakan manifestasi doa dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap saudara seagama di Gaza yang sedang berdepan krisis kemanusiaan paling parah. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Semua masjid dan surau di bawah seliaan bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan agar melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara serentak selepas solat Jumaat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata, seruan itu merupakan manifestasi doa dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap saudara seagama di Gaza yang sedang berdepan krisis kemanusiaan paling parah.
Beliau berkata keadaan di Gaza kini amat membimbangkan dengan krisis kebuluran semakin meruncing, hospital tidak lagi berfungsi dan angka korban yang majoritinya membabitkan kanak-kanak serta wanita terus meningkat saban hari.
"Kita tidak boleh berdiam diri ketika nyawa yang tidak berdosa terus diragut. Doa adalah senjata orang mukmin, tetapi doa mesti diiringi kesedaran dan tindakan bersama.
"Marilah kita mengangkat doa dengan penuh pengharapan agar Allah SWT mengurniakan keselamatan, kekuatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin, serta menghentikan kezaliman rejim Zionis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#solat hajat
#qunut nazilah
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan