awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masuk jel gara-gara guna wang palsu RM100

Sinar Harian
Sinar Harian
01/11/2021
09:11 MYT
Masuk jel gara-gara guna wang palsu RM100
Abdul Razak (tengah) dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin selepas mengaku salah menggunakan wang palsu RM100 ketika membeli barangan di sebuah pasar raya. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Perbuatan seorang penganggur menggunakan wang palsu RM100 ketika membeli barangan di sebuah pasar raya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.
Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Abdul Razak Ahmad Shafie, 30, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Nooriah turut memerintahkan hukuman penjara berkenaan berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 11 Oktober 2021.
Berdasarkan pertuduhan, Abdul Razak didakwa menggunakan wang palsu RM100 sebagai tulen ketika membeli barangan di sebuah pasar raya di Dungun pada 1 Februari 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Masuk jel gara-gara guna wang palsu RM100
Topic Berkaitan
#wang palsu RM100
#penganggur dipenjara
#Dungun
#mengaku salah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan