Masuk percuma ke Pusat Sains Negara jika lengkap modul pembelajaran AI.gov.my

Amanz
April 2, 2024 03:30 MYT
Kemasukan percuma ini terhad untuk kunjungan kali pertama sahaja. -X Pusat Sains Negara
PADA awal tahun 2024 ini, kerajaan telah perkenalkan inisiatif ‘AI untuk Rakyat”, dimana melaluinya sebuah program pembelajaran kendiri percuma disediakan untuk mempelajari pelbagai perkara berkaitan asas kecerdasan buatan.
Kini, lanjutan daripadanya, pihak Pusat Sains Negara mula menawarkan tiket masuk percuma bagi mereka-mereka yang telah menyelesaikan dua modul pada “AI untuk Rakyat” berkenaan.

Jika anda sudah melengkapkan kedua-dua modul Kesedaran AI (AI Aware) dan Hargai AI (AI Appreciate), anda layak untuk mendapatkan tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara dengan menunjukkan lencana digital AI untuk Rakyat di kaunter tiket!

*Tertakluk kepada terma dan syarat pic.twitter.com/kL3mnxpiQI

— Pusat Sains Negara (@MyScienceCentre) April 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anda hanya perlu melengkapkan modul Kesedaran AI dan juga Hargai AI pada program pembelajaran berkenaan, dan seterusnya memperlihatkan lencana digital AI untuk Rakyat di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara.
Pusat Sains Negara menawarkan penebusan dari 1 April 2024 hingga 31 Disember 2024.
Kemasukan percuma ini terhad untuk kunjungan kali pertama sahaja. -Amanz
#AI Untuk Rakyat #Pusat Sains Negara #masuk percuma #modul Kesedaran AI dan juga Hargai AI